Sunday 22 January 2017

Fateh Skip Merangkak?

Teks: Fauziah Zainudin

Nampaknya, pahlawan kecil ibu macam nak dapat kaki dulu jer.  Oh, jangan skip merangkak ye sayang.

Dia dah mula panjat sofa dan tempat-tempat rendah.  Dapat mencapai dan berpaut sudah buat dia sangat gembira.  Senyumnya lebar, gembira tak terkata.  Nampak gayanya macam nak berjalan.  Takpelah, nanti kita tetap kena train merangkak ye Fateh.

Kini, setiap hari kena tengok dia.  Tak boleh biarkan keseorangan.  Jika dia sedang memanjat sofa, dia akan berdiri mencapai apa sahaja yang ada.  Penat berdiri, dia akan duduk, saat mahu duduk, dia tak tahu bagaimana nak lepaskan tangan yang sebelah.  Cara paling singkat, Fateh menangis, minta di dudukkan.  Hmm, senang.

Hehe, setiap hari juga akan menangis akibat terjatuh.  Aduh, paling kasihan, bila kepala terjatuh ke lantai.  Allah, selamatkan lah Al-Fateh.  Sekejap cuma tangisnya, kemudian, panjat lagi.  Memang tidak serik.  Cuba dan terus mencuba.  Muhammad Al-Fateh penakluk hati ibu.😊
Sekarang, dia sedang tidur.  Ibu boleh buat kerja lain.

~fauziahzainudin~


No comments:

Post a Comment