Thursday 20 April 2017

Booth Jualan

Teks: Fauziah Zainudin

18 April 2017.
Sudah berhabuk nampaknya blog saya, acapkali konsistensi menghilang.  Bila muncul, semuanya separuh jalan.  Aduh, payah sungguh mujahadah melawan nafsu dalam diri.  Doa selalu.

Separuh hari di Stadium Mini Pontian.  Melihat gelagat anak kecil menyertai acara sukan.  Eh, bukan anak saya.  Saya mengikut Persatuan Isteri-Isteri TNB berjualan di situ.

Acara Sukan Tahunan Tadika Agama Johor.  Kebanyakan pengunjung adalah ibu bapa murid.  Tidak terlalu ramai.

Sebelum ini, saya pernah juga membuka booth jualan.  Mungkin masih baru dalam dunia booth jualan, banyak yang saya tidak tahu.  Saya masih mencari ilmu dan tips.

Adat dalam berjualan, ada untung ada rugi.  Ada kala jualan habis, ada ketikanya satu pun tidak terjual.  Perasaan? Pastinya sedih.  Tapi percayalah, dalam tidak disedari Allah berikan sesuatu yang lain ketika itu.  Kita tidak nampak.

Hari ini, hanya sebotol TO Sinusitus berjaya dijual.  Hampa juga, tapi saya hanya menumpang memeriahkan jualan persatuan, tidak mengapalah mungkin ada rezeki yang lain nanti.  Positiflah hati.

Tapi saya berjumpa ramai orang.  Berkenalan dengan kawan baru.  Berjumpa kenalan lama.  Banyak kan perkara lain yang saya dapat.  Alhamdulillah.

Ada juga yang menyimpan hasrat untuk membeli sewaktu hari gaji nanti.  InshaaAllah.

Kita sambung nanti ya.
Assalamualaikum.
~fauziahzainudin~

Tuesday 28 March 2017

Shopee MY

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleki Peribadi


Shopee MY.
Saya baru mengenali Shopee, itu pun setelah Dist Centre produk Sutra mengajak anak-anak buah mendalami Shopee.  Kenapa?

Shopee antara applikasi yang boleh digunapakai oleh penjual online seperti saya untuk memasarkan produk.  Hmm, baru saya tahu.  Kami di ajar cara mendaftar dan memasukkan produk jualan kami.

Sangat mudah, kerana kita akan dipandu dengan langkah demi langkah sepenuhnya.  Dibantu tau.  Senang kan kalau dibantu.

Senang cerita, di shopee kita akan bina kedai maya kita.  Macam fb page, tapi di shopee keseluruhan jual beli berlaku di dalam kedai kita itu.

Contoh:-

Kedai saya

Produk Jualan Saya

Produk yang Terjual

Produk Dalam Penghantaran

Maaf jika sedikit serabut.  Akan dikemaskini kemudian.

Shopee memudahkan penjual dan pembeli.  Pembeli akan terus membeli berdasarkan apa yang kita paparkan di dalam kedai kita.  Jadi penjual perlu pastikan produk jualan ada dan cukup.  Keterangan tentang produk juga mestilah jelas.

Apa yang bestnya?
Antara yang best, sales masuk tanpa kita sedar.  Eh, ada orang beli, jom kita pos.

Oh, untuk makluman, Shopee akan beri subsidi untuk kos penghantaran.  Jadi, pembeli tak bayar kos pos sepenuhnya, mungkin beberapa RM sahaja bergantung kepada apa yang penjual letak kan.  Shopee akan tanggung separuh kos dan dibayar balik kepada penjual.  Hmm, faham ke faham?  Takpe boleh lihat dan baca di Shopee tentang kos pos ini.

Bayaran jualan kita pula, tidak terus masuk ke akaun, tetapi diletakkan di My Wallet.  Sampai waktu yang ditetapkan Shopee akan transfer ke akaun sebenar kita.  Jadi, duit kita terkumpul.

Ini antara yang boleh saya kongsikan.  Untuk lebih faham silalah download aplikasi Shopee ye.  Baca dan hadamkan, kemudian binalah kedai anda sendiri.

Ok, dahhh.
Selamat Malam๐Ÿ˜˜

~fauziahzainudin~





Sunday 19 March 2017

Hujan

Teks:  Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi


Alhamdulillah.
Hujan lagi pagi ini.  Langit mendung, tidak gelap.  Cuaca sejuk dan sedikit suram.  Mata turut terasa kesannya, aduhai macam nak lelap semula.  Sejuk-sejuk begini memang asyik digulung selimut.

Melihat pahlawan kecil tidur, buat saya terasa ingin turut serta.  Tapi apakan daya, banyak kerja perlu dibereskan.

Page di fb sudah beberapa hari tidak dikemaskini.  Blog juga tidak terkecuali.  Aduh, sibuk mengalahkan pemerintah.

Hujan-hujan begini, teringat makan lah perkara paling best.  Sambil menghirup kopi susu tarik, menghadap tingkap memandang ke jalan.  Makan roti yang disapu mentega kacang pun dah sangat asyik.  Habis sekeping, tambah lagi sekeping.

Rintik-rintik hujan makin kasar bunyinya.  Oh, ikan bilis yang dibeli tadi perlu dikopek.  Encik suami tersayang mahu makan sambal tumis kering bersama roti.  Bila unplanned holiday berlaku, sambal tumis ikan bilis dengan roti pun jadi sebagai bekalan.

Ok, yok kita masuk dapur kejap.  Gambar akan menyusul kemudian

Thursday 16 March 2017

Kelas Online Lagi

Teks: Fauziah Zainudin


Jam menunjukkan angka 12 malam.  Sudah lewat, perlu tidur segera.  Lambat tidur nanti tidur tidak berkualiti.

Sebelum lelapkan mata, tadi sempat berjalan-jalan di wall fb.  Terlihat satu kelas online untuk storytelling.  Wah, macam seronok, macam best.  Semua macam ada.  Nak turut serta ke?

Sambil menghayun buaian, sambil berfikir, nak join ke?  Sudah lama teringin mengikuti kelas storytelling.  Lebih-lebih lagi guru ini sangat popular sejak dua tiga menjak ini.  Beliau seorang wanita.  Saya sedang mengikutinya di fb.

Belajar tidak mengenal usia.  Belajar jangan jemu.  Kalau jemu nanti otak tepu.  Aktifkan otak dengan sentiasa membuat perkara baru.  Saya memang berazam untuk belajar sesuatu yang baru.  Alhamdulillah usai sudah Kelas Penulisan Blog Online.  Sekarang sedang mengikuti Kelas DIY Fotofon.

Dengan kesedaran dan kewarasan, saya kata nak turut serta.  Dengan bermodalkan RM70 saya mendapat kelas online seumur hidup.  Wah, seumur hidup.  Apa-apa sahaja nota boleh diguna pakai.  Alhamdulillah.  Semoga saya mendapat sesuatu dari kelas online ini pula.

Ya Allah, permudahkanlah bagi ku dalam menuntut ilmu.  Berkati dan Rahmatilah apa yang ku pelajari.  Semoga memberi manfaat kepadaku dan dapat dimanfaatkan kepada orang lain.  Aamiin.

Jom tidur.  Assalamualaikum.

~fauziahzainudin~




Tuesday 14 March 2017

Kelas Online DIY Fotofon

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi


Foto, menyimpan seribu satu kenangan.  Manis atau pahit, segalanya diabadikan.  Tapi yang manis tentunya lebih jadi pilihan.

Sangat biasa, kita akan mengupah jurukamera untuk sesuatu majlis atau keraian.  Almaklum, kamera jurukamera memang direka khas untuk menjalankan tugas-tugas memotret gambar terbaik.  Pastinya harga kamera seperti itu sangat mahal.  Jadi, terpaksalah mengupah jurukamera.

Lambakan model-model terbaru telefon pintar pelbagai jenama terkenal kini membolehkan kita memotret gambar peribadi dengan lebih cantik mengikut kemahuan sendiri.  Malah wujudnya applikasi-applikasi untuk 'mengedit' gambar menjadikan tugas lebih mudah.

Sebenarnya nak cerita tentang Kelas Online DIY Fotofon.

Kelas Online DIY Fotofon ini dikendali dan diajar oleh cikgu garang yang manis.  Aduh, garang sekali sampai saya rasa nak ikut serta.  Cikgu garang diberi nama Hanie Spalie.  Beliau seorang ibu, guru dan juga murid kerana masih tetap belajar.

Sangat teruja belajar DIY fotofon ini.  Kami dalam group akan selesaikan setiap tugasan foto yang Cikgu Hanie suruh.  Ada masanya, kami disuruh memberi pandangan sendiri terhadap foto-foto yang dimuat naik oleh Cikgu Hanie.  Seronok dan dapat banyak idea dari tugasan-tugasan tersebut.

Dari kelas online ini juga, barulah saya perasan, oh tidak susah mengedit gambar jika kita mahu belajar dan ada ilmu.  Rasa seronok bila gambar yang saya snap sendiri, saya edit dan lihat hasilnya yang membuat saya senyum sendiri.  Foto boleh menjadi terapi pada diri.

Dengan ilmu yang saya pelajari, bolehlah saya snap dan edit produk jualan saya sendiri.  Tidaklah sama sahaja setiap produk dengan orang lain.  Berniaga online ni kena beri sesuatu yang baru untuk tatapan pelanggan dan bakal pelanggan.

Cikgu Hanie akan komen setiap gambar yang kami edit.  Haa, jangan nangis kalau kena marah ok. Cikgu Hanie akan rotan dengan rotan panjang.  Walaupun garang, beliau sangat baik hati dan comel.

Sila lah lihat gambar-gambar yang saya telah edit.  Saya masih amatur, sedang belajar dan belajar tentang fotofon ini.  Disebabkan ia seronok, saya tak kisah buat tugasan banyak.  HEHEHEHE...

Terima kasih Cikgu Hanie.  Kepada yang berminat nak belajar, boleh buat lawatan ke facebook beliau 'Hanie Spalie'.  Untuk makluman, Cikgu Hanie juga buat 'Personal Coaching".  Yuran yang sangat berpatutan.








Rezeki Ada Dimana-Manaa

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Google

Allah dah janji, rezeki bukan dalam bentuk wang dan harta semata-mata.  Sihat itu rezeki.  Anak-anak itu rezeki.

Pagi ini, hajat di hati mahu belanja kawan.
"As Salam kak, Bz ke?" Saya memulakan wassap.

"Kat rumah mak, mandikan mak" balasnya.

Allahu, saya terlupa, Kakak ini akan memandikan emaknya setiap hari.  Beliau mengusahakan sebuah tadika.  Tidak pernah lalai berbakti kepada ibunya.  Semoga Allah memberi ganjaran terhebat buatnya.

Eh, sambung semula.

"Kak, jom ngeteh", saya sambung perbualan di wassap selepas beliau selesai menyiapkan ibunya.

Kami berjanji temu di sebuah kedai makan.  Sejak meletakkan jawatan sebagai guru tadika, baru kini kami bersarapan bersama-sama.  Hajat memang nak belanja.

Kami masing-masing memesan makanan.  Beliau memilih mee rebus, saya juga ikut sama memesan mee rebus tapi ditambah dengan soto untuk pahlawan kecil.  Kami sama-sama penggemar nescafe, jadi tentunya 'Nes Tarik' yang kami pesan.

Sampai sahaja pesanan, kami menikmati sambil berbual.  Macam lama tak jumpa.  Beliaulah teman ngeteh saya.

Duduk di meja hadapan kami adalah pasangan suami isteri yang memang saya kenal rapat.  Kenalan baik suami adalah kenalan baik saya juga.  Kami saling bersalaman dan bertanya khabar.  Beliau suami isteri memang baik dan peramah.  Satu daerah Pontian boleh kenal mereka.  Jangan tak percaya ok.

Sambil suap pahlawan kecil, sambil suap mulut sendiri, sambil itu juga kami berbuDDal.  Tentang kerja, anak-anak tadika dan keluarga.

"Dik, kira.." saya memanggil adik waiter yang kebetulan sedang memulangkan wang baki abang dan kakak di hadapan saya tadi.

"Dah bayar kak" adik itu menjawab sambil memandang pasangan suami isteri tersebut.

Sambil tersengih saya ucapkan terima kasih kepada mereka berdua.
"Terima kasih kak, bang, moga murah rezeki"

Kakak yang baik hati tersenyum dan mengangguk.  Kemudian mereka berlalu pulang.  Kami juga .
pulang selepas itu.

Alhamdulillah.  Rezeki kami.  Niat nak belanja orang lain, alih-alih orang lain yang belanja kami.

Jadi, akan ada sesi belanja lain pada waktu yang lain pula.  Hehe..Assalamualaikum
Image result for Nescafe tarik

~fauziahzainudin~

Sunday 5 March 2017

Kelas Penulisan dan Blog

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah

Akhirnya, berjaya juga menyelesaikan tugasan 44 entri dalam Kelas Online Penulisan dan Blog ini.  Alhamdulillah.

Bukan mudah untuk memulakan sesuatu, namun tanpa langkah pertama, langkah terakhir lebih sukar ditemukan.  Segalanya bermula saat ternampak iklan di fb Cikgu Nor Amalina Rohaizad.  Sudah lama teringin berblog, tapi tiada idea untuk bermula, apatah lagi ilmu berblog, kosong.

Mujur Cikgu Amal jauh nun di sana, kalau di depan mata sah saya di sebat rotan panjang, paapp!.  Aduh, orang lain siap 44 entri dalam masa sebulan, kamu Fauziah Zainudin? Ahh, lamanya masa lebih sebulan menjejak dua bulan.  Maafkan saya cikgu.  Masih tiada konsistensi.

Apapun, saya sudah dapat sedikit ilmu dalam penulisan blog.  Jangan malas menulis dan membaca.  Setiap hari mesti menulis sekurang-kurangnya 1 ayat.  Sehari 1 ayat, lama-lama 1 perenggan dan seterusnya 1 entri.  Buku nota jangan lupa ye.

Cikgu Amal banyak membantu saya dari segi teknikal pengurusan blog juga idea-idea penulisan.  Terima kasih cikgu.  Belau sentiasa menggerakkan saya dan memberi tunjuk ajar serta kata-kata semangat.

Terima kasih juga ahli kumpulan Kelas Asas Blog dan Penulisan.  Blog-blog mereka banyak memberi idea dan inspirasi.

Tanpa sedar, dari kelas penulisan ini juga lahirnya silaturrahim.  Berkenalan dengan insan-insan hebat yang menjadikan penulisan satu terapi untuk memajukan diri.  MasyaAllah, sangat hebat.  Mereka ibu-ibu yang bekerja dari rumah.  Terasa kerdilnya diri, namun setiap insan Allah berikan kelebihan yang tersendiri.  InshaAllah saya juga boleh.

Saya perlu kekalkan momentum, perlu menulis setiap hari.  Buang rasa malas yang membelengu diri.  Konsisten, konsisten dan konsisten.

Semoga ibu-ibu lain di luar sana yang masih terfikir-fikir mahu belajar, akan turut serta dan mendapat ilmu berblog dalam Kelas Online Penulisan dan Blog ini.  InshaaAllah.

Terima kasih cikgu.

~fauziahzainudin~

Wednesday 1 March 2017

Kita Mengaji Dulu

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi


Jom mengaji dulu.  Selepas maghrib, abang Harith kena mengaji dahulu, selepas itu barulah membuat homework.

Alhamdulillah, abang Harith boleh membaca Al-Quran dengan agak baik, walaupun ada banyak kesalahan yang perlu diperbaiki, namun nampak kemajuan berbanding dahulu.  Semoga dia rajin membaca Al-Quran walaupun setelah khatam.

Saya mengajarnya sendiri, jadi saya juga perlu baiki bacaan dan tajwid.  Saya berniat untuk menghantarnya mengulang bacaan dengan ustaz atau ustazah supaya dia boleh baiki bacaan dan tajwidnya.  Semasa mengajar, saya menggunakan rotan, alamat tak baik memang kena sebat.  Salah bacaan, sila ulang dari awal dan baca lagi.  Sakit dirotan sampai menangis itu sangat biasa, garangkan ibu?  Macam singa, roarrrr.

Kini, dia masih juzuk 5, jauh lagi untuk sampai ke juzuk 30.  Kadang kala ketinggalan mengaji, akibat kepenatan pulang dari sekolah dan ketiduran pula selepas maghrib.  Allahu, ampunkanlah dosa-dosa kami yang sering lalai dan leka ini.

Semoga abang Harith menjadi anak yang rajin, soleh dan mencintai Al-Quran.  Aamiin


~fauziahzainudin~

Jambatan Kertas

Teks: Fauziah Zainudin
Foto:

2 tahun lepas, saya mengikuti kursus anjuran sebuah organisasi, sewaktu itu saya masih mengajar di sebuah tadika swasta.  Ala-ala gempak kursus tu.  Seronok, mengujakan, dapat ramai kawan dalam bidang yang sama serta mencabar potensi diri.  Wah!.

Dalam salah satu slot, penceramah membuat 1 aktiviti yang mana setiap kumpulan akan di berikan 10 keping kad bertulis abjad setiap kumpulan.  Kad bercampur-campur dengan abjad kumpulan lain.  Setiap kumpulan perlu kumpulkan 10 keping kad kumpulan sendiri.  Contoh kumpulan A, perlu kumpulkan kad A1-A10, begitulah sehingga kumpulan seterusnya.

Cara bermain, ada jambatan kertas antara setiap kumpulan.  Setiap kumpulan perlu lepaskan 1 kad setiap pusingan.  Ok, sampai satu tahap, setiap kumpulan dah lepaskan kad-kad kumpulan lain, namun permainan masih tidak berakhir.  Menunggu dan menunggu siapa habis awal.  Kad akhir yang ada tidak dilepaskan selagi kad kumpulan tidak diperolehi.  Jenuh menunggu, sampai naik bosan.

Lalu, penceramah mula berbicara 'Jangan simpan hak orang lain' lepaskan.  Kumpulan yang sedar, akan terus melepaskan kad kumpulan lain, biarlah kumpulan itu habis dulu, yang penting itu bukan kad kita.  Aktiviti tamat dengan jangkamasa yang lama.  Penceramah mengatakan kami semua mementingkan diri sendiri.  Kerana ingin kumpulan sendiri menang, kami tak bagi kad kumpulan lain.  Jadi aktiviti itu jem seketika dan memakan masa.

Nampakkah moral disebalik aktiviti?.  Kadang kala kita memang sanggup menidakkan hak orang lain, asalkan hak sendiri diperolehi.  Tiada semangat bantu-membantu.  Semua orang mahu menang, sampai menyusahkan orang lain.  Jangan mementingkan diri sendiri.

Baik, kita sambung lagi nnnti..

~fauziahzainudin~

Friday 24 February 2017

COD Cadar Waterproof

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi

Ramai anak-anak yang kencing malam agaknya, bertambah laris cadar kalis air yang saya jual.  Alhamdulillah.  Biasanya, saya tidak menyimpan stok, tapi sejak sebulan ini, saya memberanikan diri mengambil stok.  Jadi, kalau ada pelanggan yang mahu, lebih senang dan cepat untuk penghantaran.

Alkisah,  minggu lepas, saya buka jualan tunai semasa penghantaran.  Boleh tahan ramai juga.  Ada seorang pelanggan, menggunakan nama di fb seperti lelaki, jadi saya panggil dia encik.  Semasa mahu membuat penghantaran, beliau memberikan alamat.  Oh, mudah sahaja, saya biasa kawasan perumahan ini.

Sampai di kawasan perumahan tersebut, saya berpusing berkali-kali, tetapi tidak bertemu dengan nombor rumah yang dinyatakan.  Eh, salah ke? Jadi, saya menelefon pelanggan, katanya, gerak ke belakang kak, sudah terlepas tu.  Jadi, saya berpusing semula dan berhenti di depan rumah pelanggan.  Pelanggan sudah sedia menanti.

Eh, ini kan rumah Azimah, kata saya pada pelanggan.  Yelah kak, akak ni kawan Azimah kan?  La, punyalah saya susah mencari nombor rumah itu, rupanya rumah kawan sendiri.  Yelah, manalah pernah mengingat alamat rumah kawan, ingat jalan dan letaknya rumah sudah cukup.  Sengih sahaja lah.

~fauziahzainudin~

Bussines Awareness & Interctions Session

Teks: Fauziah Zainudin


Jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 12:52 malam.  Tersedar dari lena yang sementara, bingkas saya bangun.  Ada yang belum selesai.  Ya, tuntutan yang satu itu, solat Isyak belum ditunaikan lantaran menidurkan pahlawan kecil terlebih dahulu.  Allah, ampunkan dosa hamba Mu yang sering lalai.

Malam ini, kemaskini blog dari bandar Shah Alam, Selangor.  Ada apa di sini?  Esok saya akan menghadiri "Bussines Awareness & Interaction Sessions" bersama founder Bidaraworld.  Pada mulanya, saya tidak dapat menghadirinya kerana ingin mengadakan booth jualan sempena Jelajah Usahawan di Pontian.  Apakan daya, permohonan membuka booth di tolak.  Allah rezekikan saya menghadiri Bussines Awareness ini.  Apapun, perancangan Allah adalah yang terbaik.

Lewat petang, saya dan rakan sampai di hotel.  Selesai mendaftar, masing-masing terus ke bilik dan berehat.  Saya menyedari muka dan badan menjadi gatal-gatal dan serta merta membengkak.  Allah, alahan mungkin.  Memutar kembali ingatan, apa yang saya makan? Dari pagi, semangkuk soto dan sebiji pau kacang merah di RnR waktu tengah hari tadi.  Apalagi, kerisauan melanda.

Mujur, Sesi Bengkel esok dikelolakan oleh pemiliknya, sekeluarga adik beradik doktor.  Jadi, stokis saya terus membawa saya ke klinik mereka.  Klinik Cybermedik di Kota Kemuning.  Biasa sahaja nampak klinik itu, tapi pesakit ramai.  Doktor bertugas Doktor Sazali Mohamed Sharif.  Sangat ramah orangnya, kelakar pula tu.  Kata Doktor Sazali, lepas baik ni, pergi makan semula pau yang awak makan tadi kat tempat yang sama, baru tahu all alergik apa.  Wah, jauh tu Doktor!.

Berkenalan dengan orang-orang hebat ini, rasa sangat teruja.  Mereka merendah diri, tidak sombong walau berstatus Doktor.  Boleh makan bersama, berbual bersama, ketawa bersama dengan kami yang bukan siapa-siapa.  Patutlah produk mereka di sukai ramai.  Mereka berbisnes bukan untuk kaya, tapi untuk membantu.

Apapun, tadi baru pengenalan.  Esok hari yang di tunggu.  Tak sabar saya menantikannya.  Lagi 8 jam.  Jom tidur dulu.  Moga esok bengkak sudah hilang.  InshaAllah, Aamiin.

Monday 20 February 2017

Whiteboard Sticker





Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi

"Aduh, habislah mama di marahi ayah, kenapa abang conteng kereta ayah?, macam mana mama nak hilangkan ni?".

"Masya Allah, ayah baru cat dinding tu, sebelum ni abang juga yang conteng, conteng lah buku yang ayah dah belikan tu, jangan conteng dinding".

Biasakah kita dengan situasi tersebut? Tepuk tangan, jawab sendiri.  Hehe.

Sangat biasa anak-anak menconteng di dinding.  Itu tandanya anak ingin berkarya.  Buku terlalu kecil dan sempit padanya.  Mungkin itu yang anak-anak rasakan.  Sangat biasa juga ibu bapa akan marah dengan tindakan anak tersebut.  Ada ibu bapa yang mendenda anak kerana menconteng.  Ada ke? Betul ke ada?

Kata Prof Dr. Rozieta Shaary, "melukis di dinding memberi posisi yang lebih selesa kepada anak, berbanding melukis di kertas, anak-anak perlu meletakkan tangan di bawah".

Mengapa dikatakan selesa? Cuba kita tengok cikgu-cikgu kita dulu, semasa cikgu menulis atau melukis di papan hitam, macam mana gaya tangan mereka?.  Adakah di letak kan dalam kocek seluar? Di pinggang? Di atas papan hitam? Tidak kan.. Jadi kebebasan itu juga yang anak-anak fikirkan.

Dinding itu besar dan luas, anak-anak sukakan ruang yang besar itu.  Tambahan pula dnding putih yang bersih, jadi mereka berimaginasi dengan dinding putih itu.  Kalau ibu bapa tidak mahu anak-anak menconteng dinding, terangkan kepada mereka, "boleh menconteng tapi di buku".  Seandainya anak-anak tetap menconteng di dinding, ibu bapa boleh cuba solusi ini pula.

1. Tampal kan kertas mahjong di satu dinding yang di rasakan sesuai.  Biarkan anak-anak menconteng di atas mahjong tersebut.  Jika sudah penuh gantikan dengan mahjong yang lain pula.  Senang kan.

Alah, penat pulak nak ganti mahjong jer selalu, nak gam lagi, renyah la.  Hmm, ada pula rungutan dari ibu bapa.

Ok, mari cuba tampal "Whitebord Sticker" ini.  Hanya buka, koyak, tampal dan conteng!.  Setelah penuh boleh padam dan guna semula.  Berbaloi kan?  Jika anak-anak sudah muak menconteng, ibu bapa boleh gunakan untuk jadikan sebagai nota, peringatan, tempek resepi, bil bulanan, tulis undi set noxxa ibu juga boleh.  Murah dan mudah.  Hanya RM25 sahaja.  Material pvc yang boleh digunting mengikut keperluan sendiri dan tahan sehingga 2 tahun.  Oh, ya turut disertakan bersama marker.  Tentu anak-anak seronok bila ada ruangan karya nya sendiri.  Ibu bapa tak perlu pening lagi.  Alhmdulillah.

Boleh wassap nombor ini jika ingin mendapatkannya 0137499707 - GeeShoppe

Tuesday 14 February 2017

Imbas dan Imbas

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi

Flash Card atau Kad Imbas dah tak perlu diperkenalkan lagi.  Semua sedia maklum bagaimana rupa kad imbas.  Macam-macam bentuk dan tema ada.  Dari yang mahal harganya hinggalah yang paling murah.  Nak lagi murah?  Buat sendiri.  Sangat mudah dan jimat.  Tapi, kenalah rajin ye. 

Apa fungsi kad imbas?  Kad imbas adalah salah satu kaedah yang boleh ibu bapa gunakan untuk memperkenalkan sesuatu perkataan atau gambar kepada anak.  Lihat kategori anak, kita ambil contoh 4-5 tahun.  Kad imbas sudah boleh diperkenalkan kepada anak lebih awal lagi sebenarnya.  

Untuk tahap umur 4-5 tahun, saya andaikan anak belum boleh membaca, jadi kita gunakan Kad imbas bergambar sahaja.  Gambar apa? Ikutlah selera ibu bapa.  Boleh jadi, tema haiwan, anggota badan dan sebagainya yang mudah.  Ajak anak sebut nama gambar.  "Mata", "telinga", "ayam" dan lain-lain.  Lama kelamaan anak akan ingat setiap perkataan yang diperkenalkan.

Tapi, jika asyik cara yang sama, anak akan bosan.  Jadi, ibu bapa boleh tukar jadikan kad imbas sebagai permainan.  Macam mana?  Ok, macam ni.  

1.  Letak kad imbas di atas lantai.  Jangan banyak sangat, cukup 5-6 kad.  Tunjukkan gambar bahagian atas.  Beri anak masa untuk lihat gambar.  Kemudian terbalikkan ke bawah.  Jadi, anak sudah tidak nampak gambar kan?  Sekarang ibu sebut "mana ayam" dan minta anak ambil kad imbas gambar ayam.  Perhatikan anak ingat atau tidak?  Di sini, kad imbas merangsang memori anak.  Senangkan.

2.  Ambil beberapa keping kad imbas.  Letak Kan di hadapan anak.  Minta anak ambil kad imbas yang anak suka.  Kemudian, ibu bapa bolehlah suruh anak ceritakan apa yang anak tahu tentang gambar dalam kad.  Ini boleh membina kemahiran berkomunikasi anak-anak.  Jadi anak lebih berani. Tidak kisah, apa pun yang anak cerita tentang kad imbas itu, terima dan dengar.  Imaginasi mereka tinggi, pasti macam-macam mereka boleh cerita.

Ok, itu jika kad imbas bergambar sahaja.  Ada banyak lagi permainan boleh dijalankan dengan kad imbas.  Terdapat juga kad imbas abjad awan larat.  Anak-anak boleh surih bentuk abjad dan mengenal abjad.  Kemudian boleh padam tulisan untuk di gunakan semula.  

Baik lah, sampai di sini dulu.  Terdengar rintik-rintik hujan membasahi bumi.  Anak-anak dah tidur, jom lelapkan mata juga.  Selamat malam.  Assalamualaikum.

~fauziahzainudin~

Main Beras

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi

Seminggu ini, masa agak padat.  Ayah berkursus seminggu di Selangor, jadi ibu kena lebih super power.  Ibu kena tambah job baru, jadi supir.  Allah, rasa malas nak memandu pagi-pagi hari.  Apa pun, tetap kena buat.  Ini amanah.

Hari ini, ibu masak senang-senang, campak-campak saja, almaklum big boss tiada, jadi makan apa yang ada.  Alhamdulillah, kenyang.  Lepas makan, ibu layan pahlawan kecil yang sedang lasak ke sana ke mari.  Ibu ajak dia main beras.  Habis lah beras.  Tak banyak, dalam 2 pot kecil saja.

Sebelum ini, beras tu tak berwarna, sebab rajin, ibu warnakan merah.  Sebelum ini juga, Fateh macam tak mahu sentuh beras tu, mungkin sebab ada rasa tajam semasa menyentuhnya.

Hari ini, Fateh genggam dan buka tapak tangannya.  Apa agaknya yang dia fikir?  Eh, melekat pula di tapak tangan.  Hehe, seronok agaknya, dia tepuk pula beras dalam tapis tu, apalagi melompat la keluar beras-beras.  Bertambah lah seronok, dia pegang tapis lalu menterbalikkan beras-beras dalam tapis.  Aduhai, seronok sangat, tak sempat ibu nak halang.





Dari aktiviti tadi, kita dapat merangsang deria sentuh anak.  Deria sentuh melibatkan permukaan kulit yang merupakan organ paling banyak dan luas meliputi badan.  Berikan anak menyentuh pelbagai tekstur, permukaan dan keadaan seperti, lembut, keras, tajam, tumpul, sejuk, panas dan lain-lain.  Di dalam kes Fateh, ibu tak dapat terangkan banyak sebab dia belum faham, tapi sekurang-kurangnya kita sebut, 1 perkataan, "kasar".

Gunakan bahan-bahan yang ada di dalam rumah, lebih murah dan selamat.  InshaaAllah.  Pastikan anak tidak makan bahan-bahan tersebut, ok.


~fauziahzainudin~







Sunday 12 February 2017

DIY Kotak Beracun

Teks: Fauziah Zainudin
Foto:

Pernah main kotak beracun?  Dulu-dulu zaman 80-90an sangat lah popular permainan ini.  Seronok main dan kenakan orang ye.  Tak baik ok.

DIY ini, lain dari zaman 90an, lebih sesuai untuk anak-anak 5-6 tahun, terutama yang masih di tadika.  Jom buat!.

Bahan-bahan
1.  Kotak terbuang
2.  Pembalut hadiah
3.  Gunting
4.  Gam

Macam mana nak buat? Senang sahaja.
1.  Balut kotak dengan pembalut hadiah.
2.  Buat lubang di bahagian atas kotak.

Siap!.  Semudah Abc.

Langkah terakhir, masukkan objek yang pelbagai bentuk.  Contoh, guli, blok, batang aiskrim, cincin mainan dan lain-lain.  Jika kotak besar, boleh lah masukkan objek yang besar juga.  Kalau kecil kotaknya, masukkan objek-objek yang kecil.  Macam mana nak main?.

Baiklah, setelah semuanya siap, ajak lah anak-anak bermain.  Tutup mata dan pegang satu objek di dalam kotak.  Amati betul-betul, biarkan anak-anak jawab apa sahaja dalam fikiran mereka.  Setelah itu, suruh mereka teka objek yang mereka pegang.  Keluarkan.  Lihatlah, salah atau betul.  Yeay! Mudahkan?

Mereka akan belajar mengenal bentuk, selain meningkatkan kemahiran berfikir anak-anak.  Anak-anak juga akan berasa sangat seronok.

Permainan ini boleh dijalankan secara santai semasa pdp, apabila melihat anak-anak kurang tumpuan.  Atau mainkan bersama-sama keluarga ketika waktu-waktu santai.

Gambar belum dapat di upload.  Tunggu ye.  Nanti saya upload.  Jumpa lagi


~fauziahzainudin~

Jom DIY

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi

Biasa kita beli mainan di kedai atau atas talian.  Pernah tak kita buat mainan untuk anak-anak.  Saya suka juga mencuba sesuatu yang baru.  Membuat mainan sendiri untuk anak-anak.

Saya pernah membuat mainan untuk anak-anak tadika di kelas semasa masih bergelar guru tadika.  Tapi semuannya entah ke mana menghilang.  Terbuang atau di buang.

Ok, hari ini, kita cuba buat "Maze DIY".  Macam mana nak buat?  Boleh ikuti langkah-langkah berikut:-

Bahan-bahan
1.  Kertas Warna/A4 berwarna
2.  Kotak tisu, kasut atau apa-apa kotak yang saiz besar.
3.  Gam
4.  Gunting
5.  Pom-Pom

Langkah
1.  Potong kotak menjadi 2 bahagian.  Gunakan kotak yang bahagian tapaknya lebih kuat.
2.  Gulung kertas warna/A4 ketat-ketat.  Gamkan hujungnya.  Kemudian, gunting menjadi berapa batang dengan panjang yang dikehendaki.  Buat berapa banyak yang diperlukan.
3.  Tampalkan gulungan kertas yang sudah siap pada tapak kotak tadi.  Gam menjadi jalan maze yang dikehendaki.  Kreatif la ye.
4.  Dah siap.  Ok, ambil Pom-Pom letak pada garisan permulaan dan gerakkan kotak supaya Pom-Pom bergerak mengikut jalan yang betul.
5.  Senang jer kan.  Boleh bayangkan ke?.  Hehe, gambar nanti saya upload ye.  Tak sempat๐Ÿ˜Š


Selamat Mencuba!!

~fauziahzainudin~

Laman Diraja

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi

Minggu lepas, dari kampung nak balik ke rumah, ibu, Harith dan Fateh culik uwan dan adik Merah.  Kami bawa wan dan Merah ke Pontian, saja ajak bertukar angin dan rumah.  Wan duduk sendiri bila atuk pergi menghadap Illahi, adik bongsu berkahwin dan tinggal agak jauh dari kampung.  Jadi, kami yang kadang kala balik ni, sesekali bawak wan ke rumah kami.  Bukan senang, ayam dan itik siapa nak bagi makan? Aduhai, mak memang pentingkan ayam dan itiknya.

Tak lama, 4 malam sahaja mak di rumah kami.  Jadi, saya bawa mak jalan-jalan, ke pasar mencari ikan.  Hehe, tempat lain ada tak? Saja, ke pasar pun terapi.  Melihat ikan-ikan terbaring tunggu tuannya untuk di kendurikan.  Eh, jangan lari topik, ok.

Sebenarnya, anak-anak yang lebih teruja, dapat keluar jalan-jalan.  Jom pegi sinilah, pegi sanalah.  Wan tak heran pun nak jalan, sebab lutut wan dah tak larat.

Kami ke Laman Diraja.  Di setiap daerah di Johor ada Laman Diraja.  Di sini, diletakkan replika mahkota kebesaran Sultan Johor.  Cantik berkerlipan.  Ada air pancut menghiasi Laman Diraja.  Waktu malam lebih meriah dengan anak-anak yang bermain air.

Laman Diraja terletak di tepian laut.  Jadi, sambil lihat laut dapat nyah ion-ion negatif dalam badan.  Sambil pusing-pusing kami bergambar.

Ok, penat dah bergambar, kita balik.  Alah..mengeluh saja abang Harith ni.  Lain kali kita jalan lagi.  Dah..


~fauziahzainudin~

Thursday 9 February 2017

Permainan Buat Anak Duduk Diam Dalam Kereta

Teks:  Fauziah Zainudin

Sekejap-sekejap adik terjerit, tak sampai 5 minit, kakak pula marah-marah.  Kenapa agaknya? Aduh, perjalanan balik ke kampung belum sampai 2 jam, macam-macam bunyi ada.  Ayah yang memandu jadi pening kepala dengar jeritan dan tangisan.  Baby yang dipangkuan ibu tak lena tidur dibuatnya.  Selalu ke jadi macam ni?

Ibu-ibu jangan runsing, mari kita sama-sama fikirkan apa yang boleh kita lakukan di dalam kereta untuk buat anak-anak diam.  Almaklum bila dah ramai tu, macam-macam boleh jadi.  Apa kata kita cuba tips ini.  Mudah, murah dan InshaaAllah menarik.

1.  Teka Warna Kereta
Sangat mudah, lagilah kalau anak-anak dalam lingkungan 5-6 tahun.  Sambil memandu, sambil main teka warna.  "Cuba teka warna kereta di belakang kita".  Haa, mesti anak-anak seronok menjawab.  Lebih lagi kalau di lebuh raya.

2.  Sebut Plat Kenderaan
Ini juga untuk anak-anak yang masih tadika.  Dalam masa yang sama belajar mengenal huruf dan nombor.  "Adik, sebut nombor kereta/motor kat depan tu, kalau betul ibu belanja kismis".  Ada sedikit ganjaran buat anak lebih teruja, betul? Boleh juga nak belanja aiskrim tapi janganlah selalu.

3.  Traffic Light
Belajar warna lagi.  "Abang, cuba teka kenapa ayah berhenti?".  Masa ini, dengar apa jawapan anak.  Lepas tu tanya lagi, "apa warna lampu traffic light tu?" Teruskan bersoal jawab dengan anak sambil terangkan jika anak tidak faham.

4.  Sebut Perkataan
Ok, ini seronok jika perbendaharaan kata anak-anak telah bertambah.  Mulakan dengan yang mudah. Contoh "Sebutkan buah yang bermula dengan huruf B".  Biarkan anak berikan seberapa jawapan pun yang dia mampu.  Secara tak langsung mereka mengenal nama-nama buah dan abjad.

Jika anak-anak telah menguasai sukukata, boleh tambah menjadi "Sebut buah yang bermula dengan sukukata Du".  Pastikan ibu bapa tahu juga ye.

Ok, kita berhenti dulu, fikirkan lagi.  Nanti kita sambung update ye๐Ÿ˜Š

~fauziahzainudin~

Wednesday 8 February 2017

5 Mainan Merangsang Motor Halus

Teks: Fauziah Zainudin
Foto:

Pernah dengar perkataan motor halus? Halus lawannya kasar.  Jadi, kalau ada motor halus tentu mestilah ada motor kasar.  Masa awal-awal dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, perkataan motor halus tu sangat janggal.  Apa benda lah motor halus tu.  Setelah mencari ilmu dan diberikan pendedahan, kefahaman makin bertambah mengenainya.  Alhamdulillah, boleh lah membantu serba sedikit adik beradik, ipar duai yang kurang faham.

Secara kasar untuk mudah faham, motor halus itu, contohnya menjentik.  Menjentik apa? Ok, menjentik tutup botol.  Bukan senang kan hemdak menjentik tutup botol tu.  Berilah tutup botol kepada anak-anak yang berusia 4 tahun, rasanya boleh tak mereka menjentiknya?.  Boleh, andai kemahiran motor halus si anak telah dibina dan dikembangkan sejak kecil.  Tapi sekiranya, si anak dibiarkan, tanpa sebarang bantuan untuk membina motor halusnya, mungkin dia tidak boleh menjentik tutup botol tersebut.  Kenapa agaknya?.  Saya jawab, kerana segala urusan harian si anak dilakukan oleh ibu.  Contohnya, memakai baju, ibu pakaikan, tidak di ajar si anak memakai sendiri.  Makan, ibu suapkan lagi.  Selipar dan kasut ibu pakaikan.  Itu antara contoh urusan harian yang dilakukan oleh ibu.  Sepatutnya, ibu bantu sahaja, anak yang lakukan.

Ok, dari segi bahasa bukunya, motor halus melibatkan pergerakan dan pengawalan otot-otot kecil.  Iaitu, jari jemari tangan dan jari-jari kaki, bibir dan lidah serta koordinasi mata.  Macam mana tu? Otot-otot ini perlu digerakkan untuk memudahkan anak-anak melakukan urusan harian dan membina kemahiran menulis kelak.

Baik, antara aktiviti yang boleh ibu bapa lakukan untuk meningkatkan kemahiran motor halus anak ialah:-

1. Bermain Magic Clay
Dulu-dulu, kita main tanah liat atau plastersin.  Tapi sekarang, telah diinovasikan menjadi play doh.  Play doh lebih selamat kerana tiada toksin.  Malah ibu boleh buat sendiri play doh di rumah dan bermain bersama anak-anak.  Mudah sahaja, seperti buat doh kuih donut juga.  Ada yang lebih baru, Magic Clay, dimana ia lebih lembut dan ringan sehingga boleh terapung di dalam air.  Magic Clay juga lebih selamat tanpa bahan kimia.  Ia di tampilkan dengan warna-warna yang menarik beserta acuan-acuan sampingan bagi membolehkan anak-anak menerap.  Ia juga boleh dikeringkan dan dijadikan key chain.  Motor halus anak-anak berkembang melalui aktiviti menguli, menggentel, memintal, menekan, menggelek dan membentuk yang mana semuanya menggunakan otot jari dan tangan.




2.  Origami
Lipatan kertas atau origami sangat seronok.  Mulakan dengan mengajar lipatan menggunakan sapu tangan bersaiz segi empat sama, dilipat menjadi 2 bahagian, kemudian lipat lagi menjadi segi empat sama yang kecil.  Kemudian, boleh lah menggunakan kertas.  Buatlah origami yang paling mudah, apabila sudah mahir barulah beralih kepada yang sederhana dan sukar.  Perhatikan, melipat juga menggunakan jemari tangan dan koordinasi mata.  Ia juga membantu anak-anak untuk fokus.




3.  Menggunting 


Biasanya untuk anak berumur 5 tahun, ajarkan menggunting bebas.  Macam mana nak gunting bebas? Berikan gunting dan kertas, gunting lah macam mana anak suka.  Ketepi, ketengah, panjang, pendek, biarkan.  Nama pun bebas kan.  Kemudian setelah mahir memegang gunting dan kertas, ajarkan menggunting lurus.  Guntinglah straw, tapi pastikan ada tanda garisan.  Anak perlu ikut garisan.  Bantu jika anak jika perlu.  Pengawasan adalah penting.  Setelah itu barulah menggunting garisan zig zag, bersegi, berbentuk dan lebih sukar.  Menggunting perlu langkah demi langkah.  Disini, koordinasi mata dan gerakan jemari digunakan.


4.  Menguntai
Apa itu menguntai? Menguntai ialah seperti  membuat gelang menggunakan straw.  Contoh straw yang dipotong pendek-pendek, kemudian masukkan tali pada straw dan susun sehingga menghasilkan gelang straw.  Boleh juga menggunakan manik.


5.  Melukis
Melukis tidak semestinya gambar pokok, orang dan buah.  Tetapi apa sahaja yang anak ingin lakarkan.  Ianya bermula dengan menconteng.  Semasa menconteng anak-anak berkarya sebenarnya.  Semasa memegang pensel dan pensel warna, anak berfikir apa yang ingin dilakarkan.  Mungkin anak hanya membuat garisan, bulatan atau titik-titik sahaja.  Biarkan, semakin lama nanti anak akan semakin mahir apabila genggaman pensel semakin baik.

Itu sedikit aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan untuk membantu membina kemahiran motor halus anak-anak.  Tak perlu yang susah-susah, mulakan dengan yang mudah dahulu.  Ada banyak lagi aktiviti lain yang ibu bapa boleh lakukan di rumah bersama-sama anak.

Nanti kita sambung ye! Dahh๐Ÿ˜Š

~fauziahzainudin~

Tuesday 7 February 2017

Ada Apa Dengan Novau

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Peribadi dan Google
Bawah Lengan Berbau???


Alhamdulillah, selamat mengepos dan menghantar sendiri pesanan pelanggan hari ini.  Pelanggan-pelanggan sangat sporting dan baik hati.  Walaupun saya agak lewat keluar.

Hari ini, banyak pesanan untuk Novau.  Novau adalah deodorant penghilang bau badan.  Ramai yang tidak mengenali Novau, akan beranggapan Novau deodorant yang sama seperti deodorant lain di pasaran.  Maaf, Deodorant Novau tidak sama ye dengan yang ada di pasaran.

Sebelum bertemu Novau, saya menggunakan deodorant yang biasa.  Berbau wangi dan mengeringkan bawah lengan.  Lengan memang kering, tidak berpeluh.  Bau wangi jer.  Tapi sampai satu tahap, bawah lengan jadi gelap pula, lengan baju pula akan mengeras.  Lebih parah lagi, jika baju putih akan menjadi kekuningan kesan daripada deodorant tersebut.  Kemudian terbaca pula artikel tentang keburukan bahan di dalam deodorant tersebut iaitu Aluminium, bahan utama dalam deodorant.

Aluminium ini berfungsi mencegah peluh dari keluar ke liang roma.  Adalah normal, jika kita bergerak, bersukan, beraktiviti, peluh akan mengalir keluar.  Pengeluaran peluh termasuk dalam proses perkumuhan, yakni akan membuang segala toksid dalam badan.  Sebab itu, orang dulu-dulu selalu kata, berpeluh itu baik, tandanya kita sihat.  Aluminium yang tersimpan dalam deodorant boleh mengakibatkan iritasi kepada pemiliknya.  Dikatakan, boleh menyebabkan kanser payu dara.  Sejak itu, saya mencari yang natural, tanpa bahan kimia berbahaya.

Bertemu Novau setahun yang lalu, ketika menjadi agen Sutra.  Bila memakai Novau, seperti tidak memakai apa-apa deodorant.  Sifat Novau yang tidak berbau menjadikan pemakai natural sepanjang hari.  Kandungan utama Novau adalah air dan garam mineral.  Natural, selamat dan berkesan.  Novau tidak akan menyekat peluh dari keluar.  Pemakai akan berpeluh seperti biasa, tetapi peluh tersebut tidak berbau busuk, malah baju juga tidak tengik.  Alhamdulillah, dipertemukan dengan Novau.

Selain itu, antara ciri-ciri Novau:-

✅ Tidak melekat dan 'staining' pada celah baju
✅ Memang TIDAK BERBAU, boleh dibawa solat dan ihram
✅ JIMAT, spray sekali sahaja setiap celah lengan
✅ Boleh digunakan di kaki..bagi masalah KAKI BERBAU
✅ Sesuai untuk orang sakit, tidak mampu mandi, spray sahaja dan ratakan.
✅ Spray pada luka kecil untuk elakkan jangkitan
✅ Tidak alergik, kecuali memang alergik pada garam๐Ÿ˜Š

Jadi, fikirkan selamatkah deodorant yang kita pakai sekarang.  Jika ada yang selamat dan suci, kenapa kita masih ter agak-agak memilih yang berbahaya hanya kerana ia wangi??  Saya pilih Novau untuk keselamatan seisi keluarga.  InshaaAllah.


~fauziahzainudin~

Monday 6 February 2017

Belajar Melalui Bermain

Teks: Fauziah Zainudin

Menurut Maria Montessori, "play is a child's work".

Sangat normal kan, jika anak-anak suka bermain.  Bermain adalah kerja mereka.  Biasa dengarkan mak-mak dulu-dulu kalau marah, "main aje kerja kau ni Awang".  Betul ke?  Saya pernah melaluinya.

Di waktu siang, anak-anak buat apa? Menonton TV, tidur atau bermain?  Jangan biarkan anak menonton TV sepanjang hari tanpa sekatan dan kawalan kerana ia tidak bagus untuk perkembangannya.  Tetapi pastikan anak dapat tidur yang secukupnya.  Biarkan mereka bermain apabila tenaga mereka telah kembali penuh kerana bermain adalah salah satu proses belajar kepada anak-anak.  Melalui bermain mereka mengenal dunia.

Ketika bermain anak-anak akan berasa seronok dan puas.  Mereka akan ketawa, berbual dan gembira ketika bermain, bukan?  Jadi itu juga salah satu pembelajaran bagi mereka.  Belajar berkomunikasi, belajar berkongsi dan mengenal emosi.

Bermain tidak semestinya di padang permainan sahaja, boleh jadi di rumah, di sekolah terutamanya tadika dan pra sekolah juga ketika beristirehat bersama keluarga.

Pilih alat mainan dan permainan yang sesuai umur anak-anak.  Itu penting.

Ok, nanti kita sambung semula ye.

~fauziahzainudin~

Saturday 4 February 2017

Klinik Dr Nasir

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi

Seminggu berlalu, selasa lepas saya masih di kampung.  Di takdirkan Allah saya mengalami gegata yang sedikit teruk.  Saya pernah mengalaminya sebelum ini, tapi tidak seteruk pagi selasa itu.  Gatal seluruh badan.  Tergaru-garu.  Macam mana nak memandu pulang ke Pontian?  Ya Allah, permudahkan lah.

Saya ambil keputusan untuk ke klinik terlebih dahulu.  Sudah lama juga ingin ke klinik tersebut, tetapi belum diizinkan Allah.  Dipendekkan cerita, keluarga saya memang selalu ke klinik ini jika diserang demam dan selsema.  Mak pula memang ke klinik ini bagi mendapatkan ubat dan rawatan sakit urat dan lutut.

Klinik Dr Nasir, apa kena mengena dengan bisnes saya? Memang tidak ada, cuma saya ingin melihat, kenapa keluarga saya, jiran dan ramai warga tua di kampung yang gemar ke Klinik Dr. Nasir.

Bila sampai, barisan sudah panjang sepanjang dinding klinik.  Kerusi sudah penuh.  Mujur ada kerusi tambahan, tapi ambil dan susun sendiri.  Dalam hati, "ramainya orang, bila nak siap ni".  Selepas mendaftar saya duduk menunggu.  Melihat pesakit lain, ada warga tua, kanak2, remaja, bangsa india dan Melayu. Macam2 pesakit ada.

Masuk jam 10:20, jam 11:20 baru nama saya dipanggil.  Boleh tahan lamanya.  Di dalam bilik rawatan, barulah dapat saya lihat wajah dan rupa Dr Nasir yang sangat popular itu.  Segak orgnya, berkulit putih cerah, berbadan besar dan tinggi juga.  Mesra orangnya, patutlah ramai yang datang.  Sakit boleh hilang jika dilayan dengan baik.  Dr Nasir bertanya masalah dan sakit.  Selepas diterangkan, beliau tidak terus memberikan ubat, tetapi bercerita pula tentang jenis gegata dan alahan.  Begitu juga dengan cara mengenalpasti jenis alahan.  Sedikit penerangan tentang penyelidikan oleh sekumpulan pelajar perubatan.  Wah, secara tidak langsung, dapat info tambahan.

Patutlah ramai warga tua yang suka ke sana.  Beliau sangat ramah dan baik terhadap pesakit.  Ketika keluar beliau membantu membukakan pintu kerana saya membawa anak kecil.  Alhamdulillah.  Bayaran untuk rawatan dan ubatan juga tidak terlalu mahal, sangat berpatutan.

Apa yang dapat saya lihat di sini, ialah cara kita layan pelanggan memberi impak kepada perniagaan. Pelanggan sukakan yang baik-baik dan elok-elok sahaja.  Walaupun perniagaan yang menawarkan barangan, perkhidmatan semasa pembelian sangat penting bagi menjaga hati pelanggan.  Berniaga bukan untuk sehari dua tetapi untuk jangka masa panjang.  Jika pelanggan suka, tentu pelanggan mengulang datang ke premis perniagaan kita kan.

Ok, saya akan datang lagi ke Klinik Dr Nasir jika ada ahli keluarga yang sakit.  InshaaAllah.  Oh, ya, klinik Dr Nasir juga dikenali dengan nama Klinik Rakyat.๐Ÿ˜Š

~fauziahzainudin~

Selamat Ulangtahun

Teks: Fauziah Zainudin

5 Feb 2005, mencatat sejarah dalam hidup saya, apabila sah bergelar isteri kepada suami, Zul Effandy Bin Hashim, 12 tahun lalu.  Ye, sudah 12 tahun berlalu.  Selamat Ulang Tahun Perkahwinan untuk kami.  Semoga Allah berkati hidup kami dunia dan akhirat.  Aamiin.

Sebelum 12 tahun dahulu, saya kenal suami sebagai kawan sepasukan dalam pasukan hoki di politeknik.  Kami sama-sama belajar di Politeknik.  Kami hanya kawan biasa.  Selesai pengajian di poli, saya meneruskan pengajian di UTM, Skudai manakala suami ke Politeknik PD, Negeri Sembilan.

Kami berjumpa semula di Johor, ketika saya masih di UTM manakala suami telah bekerja.  Segalanya bermula di Johor.  Alhamdulillah, persahabatan yang direstui keluarga, lalu kami sepakat ke jinjang pelamin.

Kini, usia perkahwinan ini 12 tahun.  Masih baru, masih terus belajar hidup berumahtangga.  Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya.  Semoga kami kekal bersama hingga ke Jannah.  Aamiin.

Thursday 2 February 2017

Mandi Kolam

Teks: Fauziah Zainudin

Sejak sebulan yang lalu, mandi kolam sudah menjadi aktiviti dalam jadual kami.  Tidak dapat setiap hari, InshaaAllah setiap minggu.  Saja ibu beli kolam yang agak besar sedikit, supaya ibu pun boleh join sekaki dengan anak-anak.  Sengih kejap.

Bila bercuti, tinggal di resort atau hotel, seronok tengok anak-anak mandi-manda di kolam.  Abang Harith takut mandi laut, adik pula nampaknya tidak takutkan air laut atau kolam.  Jadi, lebih baik ada kolam sendiri sahaja.  Senang, murah dan mudah.  Bila-bila masa sahaja, boleh mandi kolam.

Hari ini, kita mandi kolam sebagai janji membawa adik Merah bercuti di rumah.  Adik Merah anak saudara ibu.  Meriah betul tengok mereka mandi.  Adik Merah memang sangat suka mandi kolam.  Siap aksi berenang sekali.  Pahlawan kecil ibu tak boleh turut serta sebab selsema, tapi sangat geram dia melihat abang-abang mandi kolam.  Nanti ye Fateh.

Oh, nak beritahu, sebelum dapat mandi tadi, susah payah ibu mengepam kolam.  Walaupun guna pam elektrik, tapi kenapa lambat sangat? Kenapa macam tak masuk aje anginnya? Selama ini memang ayah yang buat semuanya.  Bila ayah tiada, alamatnya jenuh la ibu.  Mujur setelah sejam mengepam, Harith Daniel kata dia tahu macam mana ayah buat.  Macam ini lah ibu.  Salah guna kepala pam.  Ayah buat macam ini, macam ini.  La, kenapa tadi tak buat? Hmm, baru Harith Daniel ingat lah ibu.  Hebat kan Harith Daniel?  Allah, nak puji ke tidak? Bila dipuji menjadi pula dia.  Jadi, kita sengih sahaja.

Barulah dapat mandi kolam sambil ibu dan Fateh duduk di tepi makan bubur.

~fauziahzainudin~

Moga Terus Istiqomah

Teks: Fauziah Zainudin

Istiqomah adalah komitmen yang kita berikan untuk mendapatkan sesuatu.  Ia juga berkait rapat dengan konsisten.  Berapa kerap kita melakukan sesuatu perkara untuk sesuatu tujuan.  Untuk benar-benar mendapat wajah yang cerah dan sekata warnanya, cik perlu konsisten menggunakan krim malam ini.  Selalu kah kita dengar ayat sebegini?

Nampaknya, konsistensi saya sedikit tersasar apabila tidak dapat menghabiskan Kelas Asas Penulisan Blog ini dalam masa yang ditetapkan.  Di sini, kita lihat, untuk konsisten itu memang tidak susah, namun sentiasa sahaja ada halangan dan cabarannya.  Jadi perlu siapkan diri menangkis cabaran tersebut untuk terus konsisten.

Ye, tujuan utama mencari ilmu berblog adalah untuk memahirkan diri dengan penulisan, atau copywriting dalam dunia bisnes online.  Jadi saya perlu kuat, perlu terus konsisten, perlu sentiasa istiqomah.

Untuk entri yang berbaki, dengan jangka masa yang telah terlebih, saya perlu pantas, saya perlu kejar, saya perlu terus berlari.  Sepenuh komitmen perlu diletakkan untuk menghabiskan Kelas Asas Penulisan Blog ini.  Fokus!


InshaAllah..

~fauziahzainudin~



Tuesday 31 January 2017

Adab Berjiran

Teks: Fauziah Zainudin

Jam sudah menunjukkan angka 10.  Usai solat isyak malam ini, nak terus lelapkan mata.  Masih terasa tegangnya kaki memijak clutch dan pedal minyak.  Sekejap-sekejap tekan pula pedal brek.  Perjalanan sangat perlahan hari ini di lebuhraya.

Saat pahlawan kecil ibu semakin lena, yang lain juga telah dibuai mimpi.  Ibu rasa dah terbang ke angkasa, tiba-tiba bunyi Whatsapp masuk "ibu bekas murid kita dulu, meninggal dunia hari ini".  Innalillahiwainnailahirojiun.  Allah, kasihan anak-anak masih kecil dan kurang sihat pula.  Semoga Allah tempatkan arwah disisiNya bersama mereka yang solehah, Aamiin.

Rasa mengantuk kembali menguasai.  Sambil mendodoi pahlawan kecil, sambil melayan mata.  Akhirnya, saat hampir terlena di ulit intan, "vrrommm, vrrommm".. Allah, siapa pula kali ini?  Pejamkan sahaja mata yang hampir lena, namun kurang berjaya bila mana keluar pula suara-suara ketawa dan bualan mereka.

Mengintai dari jendela depan, tiada masa lainkah mereka mahu berkumpul? Di depan jalan betul-betul dihadapan rumah.  Tidak marahkah ibu bapa mereka, tatkala anak remaja  tiada di rumah waktu malam begini? Ye, benar esok masih bercuti.  Tapi manakah adab berjiran kita?

Hati sedikit geram, sambil mengambil kunci kereta, saya bergerak dalam kelam bercahayakan lampu jalan.  Konon-konon mencuba alarm kereta yang berada di luar pagar.  Kemudian, "adik-adik, kan dah malam ni, orang lain nak tidur, ada anak-anak kecil nak tidur, kenapa berkumpul di situ? Ada apa-apakah?"  Semua memandang.  "Kitakan hidup berjiran".  Sambil masih memandang, ada yang tertunduk.  Tak kurang pula menyalahkan rakan lain.  Saya berlalu pergi, mujur saya berkata tanpa memarahi.

Kedengaran deru motosikal berlalu pergi, jalan kembali sunyi.  Alhamdulillah.  Namun masih kedengaran dentuman mercun sekali sekala.  Faham, masih dalam suasana Tahun Baru Cina.

Pulanglah anak-anak, ibu bapa mu menunggu di rumah dalam kerisauan.

~fauziahzainudin~

Tv Vs Mainan Edukatif

Teks: Fauziah Zainudin

Bila tv rumah uwan rosak, anak-anak jadi lebih rapat, lebih bersosial antara sepupu.  Kalau tidak, sibuk berebut rancangan tv kegemaran sendiri.

Hari ini, abang Harith ajar adik Merah main dam.  Asalnya itu permainan chess, disebabkan ibu pun tak mahir main chess, ibu ajar abang Harith main dam.  Lepas dah banyak kali kalah, ibu suruh abang Harith ajar adik Merah, sekurang-kurangnya abang boleh rasa menang.  Hehe, jenuh mengajar adik Merah yang baru berumur 5 tahun.

Mereka pilih mainan yang mereka nak beli tadi semasa di kedai mainan.  Abang Harith pilih chess, adik Merah pilih lego, selepas beberapa pilihan mainannya tidak diluluskan oleh Mak Usu.  Bukan apa, nak ajar mereka beli mainan yang berfaedah dan menjentik minda bukan mainan yang bukan-bukan.

Letih bermain, mereka baring dan berbasikal pula.  Almaklum di kampung, kawasan yang luas digunakan sepenuhnya.

Akhirnya, abang Harith tewas, kepenatan dan sakit gigi.  Adik Merah pula diserang selsema.  Kasihan mereka.

Tidak mengapa, anak-anak yang kuat akan cepat sihat.

~fauziahzainudin~

Sunday 29 January 2017

Kelas Online

Teks: Fauziah Zainudin

Baru-baru ini, saya cuba mengikuti satu kelas bisnes online, "Close Sale".  Dengan harga yang mampu milik, saya beranikan diri.  Sebelum ini, saya tak pernah mengikuti mana-mana kelas atau bermentor.

Susah juga memilih mentor yang sesuai.  Ada sahaja yang tidak berkenan di hati.  Difikirkan mentor ini wanita dan pernah saya ikutinya di fb, selain menjual produknya suatu ketika dahulu, jadi saya nekad.

Alhamdulillah, ilmu yang ringkas dan padat.  Memang mudah untuk dihadam.  Senang untuk dipraktikkan.

Memang bukan mudah untuk "close sale" jika tidak kena gaya pelanggan.  Bukan semua pelanggan mudah memilih dan terus membayar.  Banyak soal jawab pelanggan yang perlu di layan.  Apapun, mereka berhak kan.

Pada hemat saya yang sangat tidak ada ilmu bisnes ini, tidak perlu ayat yang bombastik sangat untuk memancing pelanggan.  Boleh sahaja ayat penceritaan yang baik, tapi bukan ada unsur seperti menipu.  Andai kata produk yang dijual baik, niat kita juga baik, InshaaAllah, pelanggan pasti beli.

Bila mana di katakan kita perlu menekan pelanggan dengan ayat yang konon menunjukkan masalah pelanggan berat dan kita mampu bantu, saya rasa akan sangat bersalah kepada pelanggan.  Mana mungkin!

Mungkin ada yang suka membaca ayat yang menikam jiwa, tapi ada juga yang malas membaca ayat panjang, cukup ayat yang ringkas, tepat dan padat.

Jadi, pilihan di tangan saya.

~fauziahzainudin~

Saturday 28 January 2017

Asrama 90an

Teks: Fauziah Zainudin

Dalam hidup, pengalaman adalah guru.  Mengajar untuk hidup lebih tabah, lebih rajin, lebih berusaha dan macam-macam lagi.  Kenapa ye? Kerana asalnya, kita tidak tahu, tetapi melalui pengalaman tadi kita jadi tahu dan mahu lebih tahu.

Setiap insan melalui pengalaman yang menggembirakan atau menyedihkan.  Pastinya, yang menggembirakan itu, selalu di kenang.  Namun, pengalaman menyedihkan itu, tidak sepatutnya terus dibuang, mungkin ada sisi pengalaman sedih itu yang menjadikan kita lebih kuat dan tabah.

Pengalaman saya pertama kali masuk asrama memang menggembirakan.  Orang kata duduk asrama, orang bijak-bijak, orang pandai-pandai.  Oh, tidak semestinya.  Saat pertama kali dapat menduduki asrama, hati berdebar antara suka dan risau.  Suka sebab tak payah naik bas, pagi-pagi kena bangun awal.  Asrama dan sekolah, tak sampai 1km, jadi mudahkan.  Risau, tak tahu dapat ke duduk sebilik dengan kawan baik?.  Yelah, ramaikan yang tinggal di asrama.

Rupanya, kerisauan menjadi nyata, saya tidak dapat sebilik atau sedorm dengan kawan baik.  Tiada seorang pun kawan baik dalam dorm tersebut.  Ada seorang rakan sekelas saya dalam dorm, tapi saya kurang baik dengan dia.  Allah, macam mana? Rupanya Allah letak saya sebilik dengan yang saya kurang baik supaya saya mendapat ramai kawan.  Ye, saya jadi selesa dengannya.  Setiap pagi bersama ke surau.

Zaman 90an dahulu, sangat popular dengan sesi "ragging".  Di tukar sedikit namanya "suai kenal".  Namun, semasa kejadian, sangat berbekas di hati ini.  Malu, geram dan marah bersatu.  Di suruh kita si junior menembak nyamuk di bawah katil, pastikan ada bunyi tembakan.  Allah saja yang tahu, bila perilaku kita di jadikan tontonan.  Mujur di zaman itu, tiada telefon bimbit yang boleh merakam peristiwa bersejarah, kalau tidak, hmm viral la kan.

Apa pun, setelah bertahun berlalu, pengalaman itu jadi ingatan.  Boleh ketawa sendiri dibuatnya.  Kepada mereka si senior saya sudah hapuskan kemarahan itu.  Saya anggap is satu gurauan antara adik dan kakak.

Kini, asrama dah tiada semua itu, saya kira.  Semoga anak-anak belajar dan tinggal di asrama dengan gembira.

~fauziahzainudin~

Friday 27 January 2017

Balik Kampung ke Felda?

Teks: Fauziah Zainudin

Talian internet sangat perlahan.  39 tahun saya hidup, lahir dan membesar di Felda Pasoh 2, Simpang Pertang, Negeri Sembilan.  Boleh panggil kampung ke? Orang kata Felda.  Saya panggil kampung juga.  Ye saya anak Felda.

Balik kampung, paginya sangat sejuk, walaupun sudah berubah tembok batu sejak lebih 20 tahun dulu, namun kesejukan pagi masih terasa.  Air kolah nak mandi pagi jangan cerita, menggigil nak pegang gayung air.  Tapi mak yang sentiasa taat bangun sebelum subuh tak pernah gagal untuk bersiram dengan kesejukan air kolah itu.  Walau kulit mak makin kendur, tak pernah perkataan sejuk terbit dari bibir mak.

Selepas subuh, pintu dapur seperti dibuka orang.  Sudah dengar bunyi "kur..kur..kur" memanggil ayam itik.  Siapa lagi? Kalau bukan mak? Ayam dan itik dah kenal sangat pitching suara mak.  Cuba orang lain yang memanggil, alamatnya, makan sendiri la nasi dan jagung tu.

Keseronokan balik kampung tak seperti dulu.  Dulu kami selalu balik ramai-ramai terutama yang belum berkahwin.  Meriah.  Kini, semua sudah punya anak-anak yang besar, belajar dan bekerja.  Kalau nak tunggu semua ada, InshaaAllah cuti Hari Raya.

Hmm..sarapan apa yang best pagi ini? Lempeng sodap ni cicah kuah gulai lemak rebung dan keli semalam.  Ah, lapar.


~fauziahzainudin~


Thursday 26 January 2017

Merentas Padang

Teks: Fauziah Zainudin

Pulang dari sekolah, abang Harith kata dia dapat nombor empat lari hari ini.  Wah, tahniah abang Harith.  Tapi ibu macam dengar tak dengar apa yang dibebelkan.  Kasihan dia.

Sambil makan malam, baru ibu tahu cerita sebenar.  Harith Daniel menang lari merentas padang hari ini.  Dapat nombor empat.  Oh, ye ke? Bukan merentas desa ke Harith Daniel?  Saya dah terbiasa memanggil dia dengan nama penuh, jadi dia juga membahasakan diri dengan nama penuh.  Betul lah, merentas desa untuk darjah 4, 5 dan 6.  Darjah 1, 2 dan 3 merentas padang sahaja, terang Harith Daniel.  Ibu fikirkan dia salah.  Hmm, ibu selalu tidak yakin dengan abang Harith.  Kasihan dia.

Dapat hadiah apa? Ibu tak nampak pun medal atau piala? Dapat botol air dan bekas pensel sahaja ibu.  Tak mengapalah, apa pun Harith Daniel dah buat yang terbaik.  Hafizi kawan Harith Daniel tu dapat nombor atas Harith Daniel.  Nombor berapa tu? Nombor tigalah.  Hmm, macam-macam ayat dia.

Baru ini pertama kali saya mendengar aktiviti merentas padang.  Dulu merentas desa waktu sekolah menengah sahaja.  Apa pun aktivitinya, semoga memberi impak kepada murid-murid.  Berilah hadiah apa pun, anak-anak tetap teruja.  Buktinya, bekas pensel dah diisi selepas dapat hadiah.  Anak-anak, memang begitu.

Esok ibu nak kejutkan Harith Daniel awal pagi sebelum subuh, lari keliling taman, mahu ke?  Betul ke ibu?  Tak larat nak menjawab, esok sahaja jawapan ibu berikan.  Dah, kemaskan baju sendiri, esok kita nak balik kampung.  Berdesup hilang, cepat pula dia bertindak.  Dah siap ibu!.  Allahu Akbar.




~fauziahzainudin~

Mainan Edukatif

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Sumber Google

Educational Toys, bila diterjemah menjadi Permainan Edukatif.  Maafkan jika terjemahan ini salah.  Tiada niat mencalar bahasa ibunda ini.

Permainan Edukatif merupakan permainan yang bertujuan merangsang daya berfikir anak-anak.  Permainan ini biasanya mengikut tahap umur anak-anak.  Seperti yang telah disarankan sebelum ini, pilihlah permainan yang tepat untuk anak-anak.

Bilakah waktu yang sesuai ibu bapa memberikan permainan edukatif ini kepada anak-anak?  Sebaiknya, seawal 2 tahun sudah boleh diberikan permainan edukatif ini.  Ini bagi merangsang daya pemikiran anak-anak.

Ketika anak-anak bermain, otak mereka akan menganalisa maklumat.  Semestinya ibu bapa perlu turut bersama ketika bermain untuk menjadi pengantara kepada anak.  Contoh, seorang ibu dan anak bermain mainan puzzle bentuk.  Si ibu perlu membantu anak buat pertama kali bagaimana bermain permainan tersebut.  Biasanya bentuk-bentuk akan berwarna warni, secara tidak langsung ibu akan memperkenalkan warna kepada anak-anak.  Tidak cukup sekali, ibu perlu mengulang permainan sehingga anak mahir dan boleh bermain sendiri.

Dengan bermain tadi, anak membina kemahiran motor halusnya, dengan memegang alat permainan.  Jemari anak menyentuh permukaan permainan, sensori motor akan berkembang.  Sensori motor termasuk sentuhan pada permainan, pergerakan semasa bermain dan pengulangan perlakuan.  Di sini anak tahu permukaan yang licin atau kesat.  Keseluruhan pancaindera digunakan semasa bermain.

Jadi, ibu bapa belilah permainan yang tepat untuk anak-anak.  Walaupun permainan edukatif tapi pastikan sesuai dengan tahap umur anak.  Lebih penting pastikan keselamatan alat permainan terjamin.

Selamat memilih permainan untuk anak-anak.
Selamat bercuti๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

~fauziahzainudin~

Wednesday 25 January 2017

Kinetic Sand

Teks: Fauziah Zainudin

Dulu-dulu, saya biasa main pasir kat rumah.  Masa main dengan kawan-kawan lepas balik dari sekolah agama atau semasa hari cuti.  Keseronokan yang tidak dapat diganti dengan apapun.  Seronoknya sampai mak panggil balik, hari dah senja pun tak dengar.  Seronoknya sampai mak dah sampai depan muka, kau main lagi?.  He he, seronok sekali.

Sekarang? Anak-anak main pasir lagi? Nak jugak kasi main pasir sekali sekala, apakan daya, pasir yang tiada.  Ah, kasihan anak-anak zaman sekarang.  Mainan mereka, telefon, iPad, komputer dan segala macam gajet yang tidak membantu motor halus dan kasar mereka.

Bila balik kampung, anak-anak sedikit pun tidak kisah dengan pasir.  Hmm, kalau pun mereka bermain pasir, sekejap lagi ada yang berteriak memanggil.  "Nanti kulit gatal lah, kuman lah, kotor lah" dan macam-macam alasan lagi.  Macam mana anak nak main pasir?

Teknologi berubah, kini wujud Pasir Kinetik yang dihasilkan daripada 98% Pasir dan 2% adalah polimer sintetik buatan manusia yang tidak berbahaya.  Jadi ia sesuai untuk anak-anak terutama 3 tahun dan ke atas.

Bermain dengan Pasir Kinetik ini sangat mudah, seronok dan melekakan.  Jadi anak-anak sudah tidak menghiraukan lagi iPad dan telefon serta mainan komputer.  Selain meningkatkan kreativiti, ia juga membantu pertumbuhan motor halus anak.  Bagaimana? Dengan menggunakan jemari mereka mengepal, membentuk pasir menjadi bentuk yang diingini.  Terdapat juga acuan yang tersedia untuk memudahkan anak-anak.

Dengan pasir ini, ibu-ibu tak perlu gusar bersepah.  Pasir ini melekat antara satu sama lain, jadi ia berkumpul bila di pegang.  Sangat mudah.  Jika basah terkena air, hanya jemur dan keringkan.  Ia tidak merosakkan pasir.

Tiba-tiba, pahlawan kecil ibu bangun.  Orang nak tidur, dia bangun pula.  Aduhai..

~fauziahzainudin~

Bon Appetite

Teks: Fauziah Zainudin

Saya bukan penunggu setia tv, bukan juga peminat drama-drama tv yang semakin teruk jalan ceritanya.  Tapi tidak dengan drama bersiri ini "Bon Appetite".

Ia bukan drama bersiri melayu, tapi drama bersiri tentang kehidupan masuarakat Jepun, di wilayah mana, saya tak tahu.  Baru beberapa siri saya tonton cerita ini.  Kenapa saya tonton? Kerana saya sukakan jalan ceritanya.  Saya suka menonton rancangan yang memberi nilai moral, menyuruh kita berfikir bukan syok sendiri.

Bon Appetite yang saya tonton untuk beberapa hari ini, dari kefahaman saya mengisahkan tentang keluarga Meiko dan Yutaro berlatar belakangkan zaman perang.  Makanan adalah keperluan dalam hidup, jadi manusia perlukan makanan.  Dalam siri ini, Meiko adalah seorang isteri dan ibu yang sangat suka kepada makanan, bukan suka makan.  Setiap hari dia menyediakan makanana untuk keluarganya.  Dia juga suka menyediakan kudapan atau makanan ringan untuk anak-anak di kawasan rumahnya.

Memang Bon Appetite berkisar tentang makanan.  Namun ia juga berkisar tentang kasih sayang dan kekeluargaan.  Meiko berusaha menjadi ibu yang terbaik.  Sentiasa memberi galakan kepada anak-anaknya.  Bila makanan dicatu Meiko sangat susah hati.  Sehingga dia membeli dari pasaran gelap untuk dapatkan sumber makanan yang terbaik.  Malangnya, usaha Meiko diketahui rakan-rakan dalam perkumpulan wanita, dia di sisih.  Alangkah sedihnya Meiko.

Ah, saya semakin suka menonton siri Jepun ini.  Waktu siaran hanya lah 15 min untuk satu episod.  Biasanya akan bersiaran sebanyak 2 episod.  Kini, ada kerahan tenaga oleh kerajaan Jepun.  Anak-anak Meiko perlu menjadi askar atau bekerja di kilang-kilang membuat senjata.  Meiko sangat sedih.

Berbagai dugaan dan rintangan perlu dilalui oleh Meiko.  Kisahnya seperti kisah hidup di dunia nyata.  Kekuatan seorang wanita.  Kisah ini juga mengingatkan saya pada drama bersiri Oshin suatu ketika dahulu.

Apapun, saya akan tunggu kisah seterusnya dalam Bon Appetite!!

~fauziahzainudin~

Tuesday 24 January 2017

Dropshipper Baru

Teks: Fauziah Zainudin

Alhamdulillah.
Dia rakan sejak sekolah di tingkatan 1 sehingga kini.  Dia rakan baik curahan hati.  Dia rakan sama-sama masuk dan keluar asrama.  Dia kini, jadi dropshipper saya.

Saya tahu, dia sebenarnya pengguna tegar minyak pati.  Namun dia biasa menggunakan minyak pati keluaran syarikat lain, yang lebih terkenal dan bertapak lama.  Minyak pati digunakan atas nasihat terapi untuk kesihatan anak lelakinya.

Saya tidak pernah mengharapkan dia menjadi dropshipper saya.  Cukuplah dia berani mencuba minyak pati keluaran muslim bumiputera ini pula, setelah sekian lama menggunakan yang lain.  Mahal katanya minyak pati yang dulu.  Almaklum jenama.  Tidak mengapa, murah pada harga, tidak bermakna kurang pada kualitinya, betul ke?

Saya gembira, mungkin dia dapat menjana sedikit pendapatan untuknya, memandangkan suami tersayang telah pergi menghadap Ilahi setahun yang lalu.  Dia cekal, dia tabah.  Dalam kesakitan diri sendiri, segalanya dilakukan sendiri.  Berdiri di atas kaki sendiri.

Mudah-mudahan dia terus cekal dan tabah.  Dia Fatimah Khamis yang saya kenali 17 tahun yang lalu.

~fauziahzainudin~

Monday 23 January 2017

Utamakan Keselamatan

Teks: Fauziah Zainudin

Sambil menulis, sambil tengok pahlawan kecil ibu bermain.  Sekejap dia pegang bola kain, kejap lagi dia ambil mainan lain.  Lepas gigit-gigit dia letak, mengembara ke tempat lain pula.  Sambil taip ibu perhatikan sahaja.  Lama sikit lagi dia capai pen ibu, buku nota ibu sempat terkoyak.  Oh Fateh, bahaya sayang.  Pada peringkat umur ini, Fateh akan capai mainan dan masuk mulut gigit.  Jadi, ibu kena pastikan mainannya bersih.

Antara keselamatan lain yang perlu kita titik beratkan ialah, saiz mainan untuk bayi, pastikan besar.  Lebih besar dari saiz mulut mereka, kenapa? Kerana mereka suka masukkan mainan dalam mulut kan.  Jadi mainan yang lebih besar akan mengelakkan anak tertelan mainannya.

Elakkan mainan bersisi tajam.  Sebelum membeli, ibu kena test dulu, sisi mainan boleh mencederakan bayi atau tidak.

Elakkan mainan bertali, benang atau pita yang panjang.  Ini dikhuatiri mainan akan terlilit pada bayi.

Pastikan sebelum membeli mainan, mainan tersebut diperbuat dari bahan apa.  Lambakan mainan di kedai-kedai mainan yang boleh kita perolehi dengan mudah.  Namun, awas pastikan ianya tiada bahan kimia berbahaya atau bukan mainan yang dicat.

Sebaiknya, belilah mainan yang boleh dibasuh selalu untuk menjaga kesihatan anak-anak.

Ok, cukup untuk hari ini.  Sampai jumpa lagi...

~fauziahzainudin~

Sunday 22 January 2017

Tepat kah Mainan Si Manja Kita?

Teks: Fauziah Zainudin

Ibu dan ayah pasti tidak sabar membelikan mainan untuk si manja mereka kan?  Rata-rata ibu dan ayah akan mula memberikan anak mereka mainan apabila 2 hingga 3 bulan ke atas.  Anak masih belum boleh memegang pun ada yang telah diberikan mainan.  Terujakan? Ye, saya juga begitu sehingga kita salah membeli mainan.

Tips utama pemilihan mainan anak, pastikan mainan yang dibeli TEPAT.  Tepat macam mana? Contoh, anda membeli mainan untuk anak yang berumur 6 bulan.  Mainan itu perlulah sesuai mengikut kemampuan dan perkembangan si anak.  Jika si anak berumur 6 bulan, mainan apakah yang sesuai?

Pastikan mainan itu berwarna cerah, kontra dan berwarna warni.  Kenapa? Kerana bayi akan sukakan warna yang terang, jika ia berbunyi bayi akan lebih suka.  Ini bertujuan merangsang penglihatan dan pendengaran bayi.

Ok, baik cukup dulu, nanti kita sambung dengan tips yang lain ye.  Jangan tau ibu!

~fauziahzainudin~

U Are So Friendly

Teks: Fauziah Zainudin

Sebagai penjual dalam talian, kita perlu bijak menyusun ayat dan menaipnya dengan betul.  Pelanggan yang membaca setiap hari, tidak sama.  Ada yang membaca dengan nada rendah, ada juga yang membaca dengan nada tinggi setiap baris ayat kita.  Pelanggan sentiasa betul, walaupun kadang kala dapat yang sangat merimaskan.  Sabar dan tawakkal.

Pengalaman saya melayan pelanggan dalam talian, Alhamdulillah, sangat menyenangkan.  Mudah di sapa, mudah bertanya, mudah untuk memberi penerangan tentang produk.

Sebulan yang lepas, saya melayan seorang pelanggan barangan permainan kanak-kanak.  Beliau seorang guru Pra sekolah.  Guru berbangsa India itu, tinggal di pedalaman Sabah.  Beliau sangat ramah dan mudah dilayan segala pertanyaannya.  Beliau membeli mainan berkonsepkan pendidikan untuk anak-anak muridnya.

Sambil itu, kebiasaannya saya akan beramah mesra dengan pelanggan, supaya lebih mudah dapatkan maklumat apa yang ingin dicari oleh mereka.  Pelanggan ini mungkin rasa janggal, tapi akhirnya dia dengan senang hati membeli beberapa permainanan pendidikan yang saya jual.  Katanya, dia tak pernah jumpa lagi penjual online yang ramah.  Saya penjual pertama yang ditemuinya.  Wah, rasa gembira pula dipuji.  Apapun, berbudi bahasa itu amalan kita masyarakat melayu.

Yang Kurik itu Kundi,
Yang Merah itu Saga,
Yang Baik itu Budi,
Yang Indah itu Bahasa.

Salam jumpa lagi..

~fauziahzainudin~

Saya Sayang Cikgu

Teks: Fauziah Zainudin

Tahun 1985, saya di dalam darjah 1.  Saya masih ingat nama guru kelas waktu itu, Cikgu Adnan.  Cikgu Adnan kurus orangnya, tinggi dan berkulit tak hitam tak putih, sawo matang kata orang.  Selalu kemas penampilannya.

Cikgu Adnan, cikgu yang baik, berlemah lembut bila bercakap.  Tapi saya lupa matapelajaran apa yang di ajarnya.  Takpelah ye.  Saya tidak pasti beliau masih hidup atau tidak, memang tidak pernah saya dengar kini cerita tentangnya.

Saya bukan ketegori anak manja, namun bila ke sekolah, saya selalu menangis.  Hehe, rasa sedih tinggalkan mak di rumah.  Selain itu, saya berbeza kelas dengan rakan karib merangkap jiran sebelah rumah.  Lalu saya mesti menangis.

Cikgu Adnan pula akan memujuk saya, menyisir semula rambut saya dan mengelap air mata yang tumpah.  Baik sangat.  Setiap hari begitu, sehingga saya lupa bila saya berhenti menangis.  Saya sayang cikgu, semoga cikgu diberikan ganjaran setimpal atas segala jasa cikgu mendidik anak-anak kampung.

Kenangan zaman kanak-kanak adalah yang paling indah.


~fauziahzainudin~

Fateh Skip Merangkak?

Teks: Fauziah Zainudin

Nampaknya, pahlawan kecil ibu macam nak dapat kaki dulu jer.  Oh, jangan skip merangkak ye sayang.

Dia dah mula panjat sofa dan tempat-tempat rendah.  Dapat mencapai dan berpaut sudah buat dia sangat gembira.  Senyumnya lebar, gembira tak terkata.  Nampak gayanya macam nak berjalan.  Takpelah, nanti kita tetap kena train merangkak ye Fateh.

Kini, setiap hari kena tengok dia.  Tak boleh biarkan keseorangan.  Jika dia sedang memanjat sofa, dia akan berdiri mencapai apa sahaja yang ada.  Penat berdiri, dia akan duduk, saat mahu duduk, dia tak tahu bagaimana nak lepaskan tangan yang sebelah.  Cara paling singkat, Fateh menangis, minta di dudukkan.  Hmm, senang.

Hehe, setiap hari juga akan menangis akibat terjatuh.  Aduh, paling kasihan, bila kepala terjatuh ke lantai.  Allah, selamatkan lah Al-Fateh.  Sekejap cuma tangisnya, kemudian, panjat lagi.  Memang tidak serik.  Cuba dan terus mencuba.  Muhammad Al-Fateh penakluk hati ibu.๐Ÿ˜Š
Sekarang, dia sedang tidur.  Ibu boleh buat kerja lain.

~fauziahzainudin~


Wednesday 18 January 2017

Ku Jejak Langkah Mu Duhai Kekasih Allah

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi

Selawat dan Salam ke atas Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW.
ุงู„ู„ู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ٰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ٰ ุงٰู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏ

Rasulullah dalam mengenangMu,
Kami susuri lembaran sirahMu,
Pahit getir, perjuanganMu,
Membawa Cahaya Kebenaran..

Ya, tanggal 17 Mac 2016, Allah menjemput saya, suami dan kedua mertua menunaikan ibadah umrah.  Syukur Ya Allah, detik yang sangat dinantikan sekian lama.  Kata suami, dia sudah lama berniat membawa mak dan abahnya.  Alhamdulillah, Allah izinkan.

Namun, biar saya teruskan dengan kisah pada 18 Mac 2016, keesokkan harinya.  Ahli rombongan kami dalam kiraan 40 orang sahaja, tidak ramai.  Ada warga emas, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Hari kedua kami dibawa melawat jejak peninggalan Rasulullah dan tempat-tempat bersejarah dalam Islam.

Mari saya bawakan jejak langkah kami menuju gua yang tidak perlu diperkenalkan lagi.  Petangnya saya, suami dan kawan-kawan abah menjejak langkah Kekasih Allah itu.  Kami bertolak menaiki sebuah Toyota Avanza yang disewa khas oleh mutawwif kami.  Perjalanan sejauh 3.2 km sahaja.  Dekat atau jauh pada pandangan kita?  Rasulullah berjalan kaki, manakan sama dengan kami yang berkenderaan dan berhawa dingin? Allahu..

Gua Hira' terletak di atas Jabal Nur.  Berketinggian 270m lebih kurang 600 anak tangga.  Kelebaran Gua Hira' 1.60m dan tingginya 3.7m.  Bayangkan Rasulullah bersendirian memanjat anak-anak tangga menuju Gua Hira' yang kedudukannya terletak pada tebing yang curam dan berbatu.  Rasulullah bersendirian di sini, bermunajat kepada Allah selama lebih kurang 3 Tahun. Berulang-alik, kadangkala bermalam.  Di sinilah Rasulullah menerima wahyu pertama dari Jibril.

Jabal Nur boleh dikategorikan tidak tinggi, namun untuk sampai ke puncak perlu melalui lereng-lereng dan jalan batu yang kering berdebu.  Ada masa kami berhenti rehat dan melihat pemandangan dari atas.  Di dalam kumpulan kami ada rakan abah yang sakit kaki, namun tetap bersemangat untuk mendaki.  Bagi pendaki yang sudah biasa mungkin tiada masalah, tapi bagi kami yang tidak selalu mendaki mencabar fizikal dan mental.

Di tepian tangga batu itu ada masa terlantar peminta-peminta sedekah.  Di satu laluan, kami fikirkan peminta sedekah itu tidur, rupanya tidak.  Tatkala kami melalui nya, spontan laungan "Malaysia Boleh" kedengaran.  Eh, saya yang pertama kali menghadapi situasi itu memang terkejut.

Semakin hampir ke puncak, jalan semakin agak curam dan sempit.  Orang turun dan naik bertali arus.  Sempat pula berhenti bila disapa seorang wanita yang berasal Sabah.  Berkenalan dan bergambar pula.

Akhirnya puncak Jabal Nur dapat kami jejaki.  Ya Rasulullah, kami jejaki langkah Mu.  Syukur Ya Allah, Rasulullah pembaca Rahmat sekalian alam.  Saya mengambil masa duduk sejenak sebelum turun semula.  Pintu Gua Hira' penuh dengan manusia.  Mereka berusaha untuk bersolat sunat di dalamnya.  Cukuplah kami memandang, jangan ditempah maut yang tidak diundang.  Jaga keselamatan lebih utama.  Bertolak-tolakan, berebut bukan itu yang Rasulullah inginkan.  Dimana pun kita berselawat lah untuk mendapat syafaat Baginda.  Malu Rasulullah tengok, inikah umat Baginda?