Teks: Fauziah Zainudin
Sebagai penjual online, rata-rata tahu, Gdex salah sebuah syarikat servis penghantaran. Nak kata biasa tu, tak, nak kata tak biasa tu, tidak juga. Bukan semua pelanggan saya gunakan khidmat Gdex. Satu dua pelanggan sahaja. Kenapa? Oh sebab pelanggan yang minta katanya Pos Laju selalu tak sampai di rumahnya, alih-alih tinggalkan notis sahaja, walhal penghuni ada dalam rumah. Oh, ok kita terima.
Pengeposan dibuat 10 Jan yang lalu, sehingga 15 Jan masih belum sampai barang ke tangan pelanggan. Aduh, saya pula lupa memberikan tracking number kepada pelanggan. Apabila pelanggan yang mula mesej peribadi "barang akak tak sampai lagi, dah pos ke belum ye?". Masa tu macam ada batu terhempap di muka. Kakak ini pelanggan saya yang paling mudah memesan dan membayar, tak perlu "diskaun takde ke?". Selain itu, beliau sangat merendah diri. Saya berkenalan dengannya kerana kawannya yang lain. Saya mencuba mendekatkan diri dengan aktiviti Amal. Program Sehelai Baju yang memperkenalkan kami.
Jadi, terasa malu bila pelanggan tidak banyak masalah, tiba-tiba penjual yang bermasalah. Saya memohon maaf atas kecuaian tidak memberikan tracking number. Kebiasaannya, penghantaran melalui Gdex memakan masa 1 hari sahaja. Tidak pernah jadi begini. Saya menelefon Pusat Khidmat Pelanggan, namun hampa. Tiada yang menjawab panggilan. Cuba lagi. Tengah hari cuba lagi. Petang cuba lagi. Semuanya tiada jawapan. Pasrah.
Mungkin bukan rezeki saya, esoknya saya mesej peribadi pelanggan, saya katakan andai pesanan tidak diterima dalam masa 24 jam itu, saya gantikan yang baru nanti. Pelanggan tidak marah, menerima kata putus saya, malah turut memesan barangan lain pula untuk dipos bersama. Allah, malu sangat rasanya saya. Benar-benar malu.
Tepat 1:07 minit tengah hari, pelanggan pula menghantar mesej peribadi kepada saya. "Wytie dah sampai". Alhamdulillah, syukur. Lega sangat. Wytie tu bukan nama orang tapi antara produk Aromaterapi yang saya jual. Barulah boleh senyum. Penghantaran pesanan yang baru akan dijadualkan jumaat pula.
Gdex oh Gdex, saya faham lambakan barang menjadikan pekerjanya terpaksa bekerja lebih untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. Namun, telah ditulis nombor telefon pelanggan bagi membolehkan mana-mana pihak courier service menelefon pelanggan andai kata pelanggan tiada di rumah waktu itu. Ini juga pengajaran buat saya, sila maklumkan pelanggan sebaik sahaja barang pesanan beralih tangan ke tangan pekerja servis penghantaran. Baik, InshaaAllah.
~fauziahzainudin~
Wednesday, 18 January 2017
Tuesday, 17 January 2017
Saya dan Resdung
Teks: Fauziah Zainudin
Eh, pahlawan kecil dah bangun pula. Takpe biarkan dia main-main sementara dia senyap. Cukup dia nampak muka ibu, meronda ke dapur ke, ruang tamu ke, ruang tv ke tidak mengapa padanya.
Ok, sebenarnya saya teringin untuk bercerita tentang demam yang melanda. Asalnya saya memang mengalami resdung. Boleh dikatakan teruk. Penghujung 2008, batuk dan selsema yang tidak berhenti selama lebih 3 bulan menjadikan saya risau. Sudah puas ke klinik, samada panel atau tidak, namun ubat habis, selsema dan batuk datang semula. Badan jadi lemah seolah-olah nak demam, tapi tak demam. Kepala selalu sakit dan pernafasan tidak selesa.
Akhirnya, saya di rujuk ke Hospital Pakar Abd Samad, Johor. Alhamdulillah, doktor yang direkomen oleh doktor panel sangat baik. Dr. Lee namanya. Beliau membaca sejarah perubatan yang ada dari doktor panel. Akhirnya, katanya "sinus"!. Sinus? Resdung? Ye ke doktor? Wah, tidak percaya pula, tapi tak salah bertanya kan. Dr. Lee menerangkan segala simptom dan gejala, memang sama dengan yang saya alami. Katanya lagi, saya perlu di tahan wad untuk pemeriksaan lanjut dan mungkin minor operation juga perlu. Allah, bedah? Takutnya. Kalau tak bedah doktor? Degil pula.
Selepas pemeriksaan lanjut dan CT scan, saya dimaklumkan nanah dan darah yang terkumpul telah berkumpul ke bahagian depan kepala, jika ia berkumpul di belakang kepala lebih bahaya mengganggu fungsi otak. Seteruk itu ke resdung? Bunyi menggerunkan.
Pahlawan kecil saya tersepit celah tempat baju, apalagi teriak la dio. Aduhai. Sekejap kita iklan.
Ok, settled pahlawan kecil. Di mana kita?
Hmm, dipendekkan cerita saya perlu ditahan wad dan jalani pembedahan kecil. Redha, nak baik cepat kan. Akhirnya, segala nanah dan darah dikeluarkan, doktor siap tunjuk specimen tu kat saya. Erk..
Tapi, awas walaupun sudah dibuang, sinus boleh menyerang jika tidak menjaga makan dan benda yang kita alah. Macam saya, hanya alah pada cuaca sejuk dan habuk. Bila tiba musim hujan macam ni, memang akan standby Theraupetik Oil Sinusitus. Saya tak gunakan lagi ubat hospital, saya hanya gunakan TO tersebut kerana ia natural bersumber tumbuh-tumbuhan.
Oh, ok. Cukup sudah, pahlawan kecil menangis lagi kali ini terlanggar tangga. Sampai jumpa lagi ye😊

Kalau lah Sihat
Teks: Fauziah Zainudin
Alhamdulillah, barulah terasa sedikit ringan badan dan kepala subuh ini. Allah beri ujian demam, tanda Allah sayang. Terima kasih Allah.

2 hari demam, badan sangat-sangat lemah. Terasa segala sendi ketat bak kehabisan minyak pelincir. Sedihnya, kalau lah sihat ni, semua kerja akan beres, InshaaAllah. Baju lambat dimasukkan dalam mesin, lambat pula dijemur. Anak-anak pokok kena tunggu petang ayah balik tolong siramkan. Pagi-pagi memang ayah tak ingat, almaklum.
2 hari demam, 2 hari juga kami kesiangan. Kebiasaannya jam 5 ibu sudah buka mata, tapi 2 hari ini, sukar lelapkan mata akibatnya kesiangan. Kasihan, hanya ada air minuman tanpa sebarang sarapan dihidang. Kalau lah sihat, memang ibu buat sarapan, walaupun paling malas roti sapu planta.
2 hari demam, ibu order sahaja dengan ayah belikan bubur dan aiskrim sebab tekak menolak segala makanan. Pagi-pagi ibu makan kurma, lega sikit perut. Pun begitu bubur tak mampu nak dihabiskan, simpan pula nanti makan. Aiskrim vanilla tak terasa kesejukannya. Allahu Akbar.
Bila sakit, semua nikmat Allah tarik. Nikmat makan, nikmat tidur, nikmat bercakap pun hilang juga. Ampun kan hambaMu ini Ya Allah. Sesungguhnya engkau yang memberi kesakitan dan engkau jua yang menyembuhkannya. Aamiin.
Alhamdulillah, pagi ini terasa semangat sikit untuk melakukan kerja-kerja yang tertunggak. Nak kena keluarkan peluh pagi ini, sambil siapkan tugasan yang menanti sambil senam ringan dalam rumah. Boleh kan.
InshaaAllah, kita jumpa semula nanti.😊
~fauziahzainudin~
Sunday, 15 January 2017
Inspirasi Bekerja di Rumah
Teks: Fauziah Zainudin
Tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia. Wanita, sumber inspirasi. Mak kita pastinya sumber inspirasi diri kita sendiri.
Kenapa mereka menjadi inspirasi? Kerana mereka mengharung perit getir dalam sesuatu perjuangan untuk mendapatkan kejayaan. Kejayaan tidak diukur dari banyaknya harta yang dikumpul, atau banyaknya medal yang diperolehi. Kepuasan hati dalam membuat sesuatu juga boleh menjadi kejayaan pada seseorang.
Membaca Ebook Inspirasi Bekerja di Rumah ini sepertinya membaca luahan hati wanita yang bergelar ibu, mak, mommy dan umi dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka selain usaha untuk melestarikan minat dan bakat mereka. 13 orang ibu yang bekerja di rumah. Sangat menarik dan meruntun jiwa. Mereka sangat kuat dan cekal, tatkala membacanya, membuatkan saya berfikir "mampukah aku jika berada di tempat mereka?". Hanya doa di panjatkan ke hadrat Ilahi, semoga Dia permudahkan segalanya.
Boleh disimpulkan disini secara kasarnya, banyak elemen-elemen penting yang perlu dititik beratkan dalam usaha mereka untuk berjaya. Minat dan bakat antara point penting yang banyak ditulis di dalam ebook ini. Namun, seandainya seseorang itu tiada atau tidak tahu bakat apa yang dia ada, pastinya minat untuk melakukan sesuatu itu menjadi tonggak utama.
Sokongan ahli keluarga, orang tersayang saya kira juga sangat penting. Dengan sokongan dan dorongan ahli keluarga, menjadikan ibu-ibu lebih bersemangat dan kuat. Di sini juga letaknya cabaran dalam bekerja di rumah. Keluarga, bisnes dan rutin rumahtangga perlu diurus sebaik mungkin. Waktu yang tepat perlu di tentukan untuk melakukan kerja tersebut. Jadi, waktu ini, jadual dan perancangan kena ada dan betul. Benar-benar mencabar rasanya.
Saya suka membaca inspirasi dari Puan Hayati Mohd seorang peniaga yang bermula dengan jualan di jalanan. Bayangkan, saat orang lain yang juga bekerja dari rumah, menguruskan jualan dan hal bisnes di rumah, namun tidak bagi Puan Hayati. Dia sangat cekal, kuat dan bersemangat. Beliau mengetepikan perasaan malu bila berjualan. Selain sangat terbuka menerima maklum balas, pandangan dan pendapat pelanggan serta penjual yang lebih tua darinya. Alhamdulillah berkat kecekalannya, beliau mampu bertahan.
Seorang lagi ibu yang berniaga bazar, Puan Nasriah Abdullah. Membaca inspirasinya membuat saya rasa sedih. Saya membayangkan beliau dari golongan berpendapatan sederhana. Tapi beliau sangat berani mencuba. Tekad beliau ketika kali pertama berbazar sangat saya kagumi. Saya pernah berbazar, memang macam-macam rasa ada dalam diri, malu, takut, segan, risau dan segala rasa yang negatif. Terasa sangat sukar untuk membuang rasa-rasa negatif itu. Puan Nasriah sangat positif, walau seorang diri, beliau tetap mencuba. Kalau bukan sekarang bila lagi kan? Kalau tak cuba, kita tak tahu. Selain doa iringan doa dan tawakkal pada Allah.
Ilmu, pelan pemasaran, idea, modal dan diri sendiri juga tidak ketinggalan menjadi elemen yang perlu dititik beratkan dalam bekerja di rumah. InshaaAllah, dengan inspirasi 13 ibu hebat ini, mereka-mereka yang membacanya pasti akan terinspirasi untuk memulakan langkah pertama. Ayuh, pandang ke depan, jalan seiring.
Sampai jumpa lagi ye.

Saturday, 14 January 2017
Oh! Saya Surirumah
Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi
Bila bergelar suri rumah, terasa macam-macam ibu nak buat. Nak buat sarapan pagi-pagi, nak buat bekal untuk abang Harith. Nak tanam anak-anak cili, kesum, kari dan pokok lain yang sentiasa digunakan dalam masakan. Mampukah? InshaaAllah.
Johor dah mula sesi persekolahan pada 1 Jan 2017. Tahniah! Anak-anak yang bersemangat bangun pagi untuk ke sekolah. Ada yang menangis ke? Itu biasa, normal kata orang.
Rabu, 4 Jan 2017, macam hari-hari sebelumnya, ibu kena siapkan sarapan seawal 5 pagi. Wah! Rajin kan? Seragam sekolah dan kerja ayah dah siap digosok malam semalam. Selepas Harith Daniel dan ayah sarapan dan bergerak ke sekolah, jam 6:30 pagi biasanya pahlawan kecil ibu kena tidur semula. Kalau tak, alamatnya tergendala lah kerja ibu. Harith Daniel ke sekolah dengan van, jadi dalam perjalanan ayah akan hantar Harith ke tempat menunggu.
Oh, lupa, ibu kena siram anak pokok kari, kunyit dan kesum yang baru menjengah dunia. Moga hidup subur ye. Bukan apa, azam tahun baru ibu termasuklah menanam pokok-pokok tersebut. Jadi tak payah beli lagi lepas ni.
Sejak tak bekerja juga, ibu kena maintain masak lunch. Walaupun ayah tak balik lunch, tapi kadang-kadang ayah muncul tanpa dijangka. Jadi lebih baik bersedia. Masaklah dari hati, masak dengan iman kata Chef Ammar. InshaaAllah
Hari ini juga, hari pertama ibu join Kelas Asas Penulisan Blog. Sangat teruja dalam debaran. Apakah yang perlu dilakukan? Boleh ke ibu menulis? Allah, terangkan hati ini, permudahkan untuk menulis dan mengeluarkan idea untuk tatapan dan manfaat pembaca. Semoga apa yang dicoretkan memberi nilai tambah kepada pembaca. Aamiin.
Setiap hari juga, ibu perlu siapkan to-do list. Dah namanya online seller kan, jadi perlu sentiasa update fanpage (jika ada), update fb, review potential customer dan follow-up pelanggan sedia ada. Nampak macam kerja ofis pula kan. Apa pun ini pilihan saya, walaupun nampak susah, tapi seronok. Dapat sentiasa berada di rumah, semuanya boleh dibuat sendiri.
Menjelang senja, semua dah ada di rumah. Ok, masa untuk tengok abang Harith mengaji sementara tunggu waktu solat. Malam, memang tugas ibu tengok homework anak, prepare untuk esok kalau ada order customer dan pastikan pahlawan kecil tidur dengan lena.
Rutin seorang suri rumah, paling awal bangun dan paling akhir tidur. Demi keluarga, lakukan dengan ikhlas. InshaaAllah ganjaran yang besar Allah berikan.
Semoga esok, mentari bersinar dengan penuh cahayanya. Assalamualaikum.

Friday, 13 January 2017
Saya dan Dunia Pekerjaan
Teks: Fauziah Zainudin
Mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang dipelajari bukan mudah, tapi tidak juga mustahil. Sebelum melangkah ke alam Institusi Pengajian Tinggi, saya pernah bekerja di kilang. Selepas habis SPM, saya mengikut abang yang tinggal di Johor. Bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang yang sama dengan abang. Dengan gaji RM350, masa tu, sangat lah banyak dan begitu berharga. Almaklum tidak pernah mendapat wang sebanyak itu sebelum ini. Genap sebulan bekerja, saya dipanggil untuk mendaftar ke Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Dengan sedikit wang yang ada dapatlah membeli beberapa barang peribadi yang diidamkan. Banyak juga pengalaman yang dapat dikutip semasa bekerja, ditambah dengan rakan-rakan sekerja yang baik hati. Kenangan itu tidak saya buang, malah saya simpan jadi pengalaman dan pengajaran.

Sehabis menamatkan pengajian di poli, saya bekerja pula di tempat abang ipar di Selangor. Kerani di sebuah syarikat yang menguruskan pengangkutan barang dari kargo ke syarikat-syarikat lain. Banyak berurusan dengan pihak kastam dan perkhidmatan pengangkutan seperti MAS, GARUDA dan lain-lain. Gerun juga, hari pertama menjejak kaki, setiap orang sangat sibuk dengan telefon. Bunyi deringan telefon sepertinya tidak berhenti-henti. Nak buat apa ni? Semua orang sibuk? Sehinggalah saya di ajar cara menjawab telefon oleh senior. Kelakar juga ye menjawab dalam bahasa inggeris, lama kelamaan jadi biasa apabila ayat yang sama diulang berkali-kali setiap hari. Betul lah kan Practice Makes Perfect. Tapi 2 minggu saja saya di syarikat itu, apabila panggilan ke UTM pula diterima. Alhamdulillah.
Courts Mammoth, nama sebuah syarikat menjual perabot dan barangan elektrik yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Saya memohon bekerja di sana, sebagai Kerani Admin. Masih saya ingat Pengurus Wilayah Selatan yang menemuduga saya, Mr. Jessu. Baik orangnya, nampak garang tetapi kelakar dalam ketegasan. Saya ditawarkan jawatan Penyelia tetapi di cawangan negeri lain. Memikirkan tempat yang jauh, seorang diri dan belum mempunyai pengalaman dalam penyeliaan, saya menolak dengan baik. Namun kata Mr. Jessu, "she have a talent". Saya diterima bekerja sebagai Cashering Clerk kerana Admin Clerk tiada di cawangan yang kecil. Jadi bermula lah pengalaman sebagai cashier dan merangkap kerani. Alhamdulillah, rakan sekerja semuanya baik belaka. Di sini, saya belajar bagaimana meminta wang dari pelanggan. Bunyinya sangat menakutkan, mana mungkin pelanggan nak beri wang sesuka hati. Namun, wang diminta dari pelanggan yang membeli tetapi kemudian diam tidak membayar. Bukan setakat kemarahan yang diterima, herdik dan maki kadang-kala didengari. Allah, risau dan takut dibuatnya. Namun, bila bekerja kerana Allah, Allah sentiasa bantu.
3 bulan di Court Mammoth, saya beralih ke sebuah syarikat konsultansi ISO dan latihan. Di sini selain menawarkan khidmat konsultansi dan latihan, syarikat turut menawarkan kursus pendek komputer dan SKM. Alhamdulillah, saya selesa di sini. Rakan yang sentiasa membantu dan majikan yang sentiasa memberi ilmu. Sedikit sebanyak di sini, bermula pendedahan dalam berkomunikasi. Ye, sentiasa perlu berurusan dengan pihak atasan kilang-kilang kerana saya membantu menyediakan dokumentasi ISO, dari 9001 hingga 14001 dan kursus pendek. Mulanya tak faham apa itu ISO 9001, 14001. Setelah belajar dan bekerja barulah saya tahu, ISO 9001 adalah Sistem Pengurusan Kualiti yang telah ditetapkan standard nya. Seronok bekerja dan berkawan, sedar tak sedar 5 tahun berlalu. Disebabkan syarikat berpindah ke tempat lain, saya pula berkahwin dan mengikut suami berpindah ke daerah lain, saya melahirkan rasa untuk berhenti kerja. Eh..panjangnya coretan pengalaman, tanpa sedar, hari sudah meninggi. Kita sambung nanti ye.
Sambil layan pesanan pelanggan, sambil kemaskini pengalaman ye. Pekerjaan saya yang terakhir sebelum bertukar status suri rumah sepenuhnya ialah, guru tadika. Sejak berhenti pada 2005, saya memikirkan untuk mencari kerja berhampiran dengan rumah. Saya memohon kerja di sebuah tadika. Tadika Bijak Fikir, di sinilah segalanya bermula. Awal kerja, agak memenatkan, almaklum perlu melayan hampir 15 orang anak-anak yang aktif. Belum lagi keseluruhan anak-anak yang ada jika tadika mengadakan aktiviti luar. Namun, selepas semuanya balik, penat hilang. Setelah melihat peningkatan mereka dalam pelajaran dan sosio emosinya, terasa sangat berbaloi.
Digigit, ditarik tudung, dirempuh kerana nak lari, itu semua asam garam dalam pendidikan awal kanak-kanak. Demi untuk meningkatkan ilmu dalam bidang ini, saya mengambil kelas hujung minggu PJJ. Menghadiri kursus-kursus berkaitan psikologi, emosi dan kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan dalam menangani anak-anak. Alhamdulillah, sedikit sebanyak sangat membantu. Anak-anak suka bermain, jadi sebagai guru dan ibu juga, saya kena tahu, macam mana nak tarik minat anak-anak belajar tapi semasa bermain. Susah ke? Awalnya memang payah, tapi akhirnya inshaaAllah mudah.
Belajar tidak semestinya duduk di dalam kelas, pegang pensel dan buku. Anak-anak tidak boleh fokus pada sesuatu benda terlalu lama. Jika terlalu lama, mereka akan bosan. Saya pernah mengajar seorang anak yang aktif. Dia tak suka disuruh buat itu dan ini. Dia hanya akan buat, jika dia nak buat. Jika saya memaksanya, dia akan mengamuk dan menyerang saya atau guru lain. Maka, jika saya sudah nampak ada unsur-unsur kebosananan, stop the class, let's sing a song. Kelas akan ceria kembali.
Saya juga suka mengadakan games untuk anak-anak ini. Antaranya melompat di atas kertas besar yang tertulis huruf-huruf. Apa yang tersurat mereka belajar huruf dan membina motor kasar melompat. Namun yang tersirat? Melatih mereka bertolak ansur, berfikir sebelum melakukan lompatan, bergilir-gilir menunggu giliran dan bermacam lagi. Banyak lagi permainan lain yang boleh direka untuk anak-anak ini. Kata bijak pandai, Kanak-kanak itu jiwanya bermain.
Kini, setelah tidak lagi mengajar anak-anak tadika, masih ada ibu bapa yang saya kenali memanggil saya 'Cikgu'. Rasa segan juga, alah cikgu tadika jer pun. Tapi betullah, jika bekerja sebagai pengurus, orang tidak memanggil kita pengurus, mungkin encik atau tuan. Tetapi guru, orang akan tetap panggil 'Cikgu'. Semoga Allah membalas yang baik atas apa yang saya lakukan. Semoga tugas guru itu Allah menjadi amal jariah yang berpanjangan. Aamiin.
Oh, cukup sudah sampai disini, lain kali sambung lagi.
Assalamualaikum.
Bisnes Kecil-kecilan saya
Teks: Fauziah Zainudin
Jual? Bermacam rasa dan perasaan muncul saat pertama kali disyorkan menjual oleh mak. Malu, takut, segan bercampur menjadi satu. Malu nanti kalau tiada siapa yang mahu beli jualan saya. Takut kalau cikgu tahu, jualan akan dirampas, macam mana nanti kalau cikgu marah?. Belum cuba belum tahu kan?. Saya bermula dengan jualan sagun buatan mak ketika di sekolah rendah, dalam darjah 5. Pada mulanya, sekadar untuk mencari duit belanja harian sekolah. Tahun 1989 belanja 20sen sudah cukup, sementelahan lagi abang dan kakak juga bersekolah. Saat itu hidup di Felda tidak mewah, ibarat kais pagi makan pagi. Abah juga melakukan kerja luar iaitu menoreh getah.
Biasanya sagun dijual di sekolah pagi sekolah agama petang. Saya akan mengambil order terlebih dahulu sehari sebelumnya. Dengan 10 batang sagun boleh menghasilkan RM1 hasil jualan jika habis terjual. Biasanya hasil jualan sehari lebih kurang RM2-RM3. Alhamdulillah, hasil jualan akan diserahkan kepada mak untuk 'rolling' semula dan belanja harian ke sekolah.
Bukan hanya sagun, saya turut menjual hasil tanaman buah-buahan abah. Mangga, kuini dan jambu air di keliling rumah menjadi sasaran jualan saya, kakak dan abang. Seronok menjual kerana pernah hasil jualan yang dikumpul dapat membeli sehelai skirt kesukaan saya. Tanpa sedar sebenarnya, ia menjadi satu latihan untuk berdikari. Selain itu turut menjadikan saya sedikit berani berkomunikasi. Saya juga pernah menjual cili dan jagung hasil tanaman di kebun abah. Saya akan bergerak dari rumah ke rumah seperti salesgirl dan salesman sekarang. Ketika itu, hasil jualan bukan setakat sen-sen, tetapi mencecah puluhan ringgit. Wah! seronok dan gembira.
Bisnes online saya bermula pada 2012. Menjual pakaian wanita, berupa baju kurung cotton keluaran Glory Collection. Sekadar suka-suka pada mulanya, saya mendaftar sebagai dropshipper, yang mana tidak perlu menyimpan stok, hanya membuat promosi jualan dan mencari pelanggan. Itu lebih mudah, jadi saya menjadi dropshipper selama beberapa bulan. Melihat permintaan yang sangat baik, saya berusaha menjadi agen. Agen perlu mengambil stok, tetapi boleh menjual di dalam kumpulan yang diletakkan ramai agen selain menjual offline. Saat menjelang Hari Raya adalah saat yang sangat mengujakan. Bayangkan baru 1 Ramadhan, orang sudah sibuk mencari baju raya. Selain menjual di dalam kumpulan, kami juga dapat berkongsi tips-tips menjual. Seronok mendapat pengalaman dan kawan baru. Namun, 2014 saya berhenti menjual pakaian wanita.
Ketika berjalan-jalan di FB, saya terbaca iklan tentang CrispyKapit. Tak pernah lagi melihat kuih kapit yang berinti coklat dan mentega kacang. Mesti sedapkan. Jadi saya terfikir juga untuk memborong sempena hari raya. Sebelum menempah kuih kapit tersebut, saya lakukan promosi di fb, kemudian mengambil tempahan pelanggan. Alhamdulillah, sambutan agak baik. Disebabkan masalah pengangkutan, saya terpaksa mengambil sendiri stok di RnR Seremban setelah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Ya, perancangan Allah lebih baik dari kita hambaNya. Keesokan Hari saya menerima perkhabaran abah kemalangan, tidak sedarkan diri dan telah dimasukkan ke Hospital Besar Seremban. Allah, Ramadhan ini kami berduka. Penghantaran kuih kapit terpaksa dihentikan. Kami berkampung di hospital. Tinggalkan segala kesedihan, hidup perlu diteruskan. Al-Fatihah untuk arwah abah dan mereka yang telah pergi terdahulu dari kita. Al-Fatihah.
2015, saya mencuba pula menjadi dropship produk aromaterapi SUTRA dan BIDARAWORLD. Kenapa saya sukakan SUTRA? Awalnya saya membeli produk ini dari rakan fb, iaitu Multipurpose Spray Pandan. Baunya harum seharum daun pandan asli yang ditanam oleh mak. Ianya ekstrak minyak pati pandan itu sendiri dan campuran air. Ianya serbaguna, boleh digunakan untuk menghalau serangga, menggosok pakaian, mengelap cermin dan banyak lagi kelebihan MPS Pandan ini. Malahan ada yang menjadikannya spray badan. Jadi, saya terfikir produk ini pasti diperlukan oleh ibu-ibu diluar sana. Kini, saya adalah Agent Sutra Pontian yang sah. Saya bangga dan suka berkongsi manfaat produk ini dengan orang sekeliling kerana ia keluaran bumiputera, natural dan mampu milik.
Terkini, saya turut menjual barangan permainan kanak-kanak yang lebih berunsur pendidikan. Saya bekas guru tadika selama lebih kurang 11 tahun. Selama 11 tahun ini, saya nampak ramai anak-anak yang kurang mahir motor halusnya. Motor halus tidak terbina dengan baik. Kenapa dan mengapa? Jawapannya sangat mudah, sekarang dunia IT, gadget ada dimana-mana. Ibu bapa bekerjaya, nak mudah, berikan anak-anak bermain permainan di komputer, iPad, handphone dan bermacam gadget lain. Malahan ada anak yang ketagihan gadget, dikatakan leka tidak makan dan minum sehingga gadget tersebut kehabisan bateri dan padam sendiri. Bayangkan, anak-anak tersisih dari dunia sebenar kerana gadget. Jadi, saya berharap dengan permainan pendidikan yang ada dipasaran, dapat membuka mata Ibu bapa, sebenarnya banyak lagi permainan lain yang sangat sesuai untuk anak-anak.
Dalam berniaga bermacam ragam pelanggan yang ditemui. Semuanya perlu dihadap dengan senyuman dan dada yang lapang. Pelanggan lari barang dah tempah, pelanggan berhutang terlupa membayar, pelanggan minta diskaun padahal dah habis murah dan bermacam-macam lagi. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik. InshaaAllah, sentiasa bersangka baik. Namun tidak kurang juga pelanggan yang melontarkan kata-kata yang baik dan seronok di dengar. "Seronok berbual dengan akak, I rasa sis ni friendly sangat, balance tu akak tak payah pula kan, saya halalkan". Allahu terima kasih Allah. Semoga saya sentiasa dikelilingi oleh mereka-mereka yang positif setiap saat dan waktu.

Subscribe to:
Posts (Atom)