Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi
Alhamdulillah.
Hujan lagi pagi ini. Langit mendung, tidak gelap. Cuaca sejuk dan sedikit suram. Mata turut terasa kesannya, aduhai macam nak lelap semula. Sejuk-sejuk begini memang asyik digulung selimut.
Melihat pahlawan kecil tidur, buat saya terasa ingin turut serta. Tapi apakan daya, banyak kerja perlu dibereskan.
Page di fb sudah beberapa hari tidak dikemaskini. Blog juga tidak terkecuali. Aduh, sibuk mengalahkan pemerintah.
Hujan-hujan begini, teringat makan lah perkara paling best. Sambil menghirup kopi susu tarik, menghadap tingkap memandang ke jalan. Makan roti yang disapu mentega kacang pun dah sangat asyik. Habis sekeping, tambah lagi sekeping.
Rintik-rintik hujan makin kasar bunyinya. Oh, ikan bilis yang dibeli tadi perlu dikopek. Encik suami tersayang mahu makan sambal tumis kering bersama roti. Bila unplanned holiday berlaku, sambal tumis ikan bilis dengan roti pun jadi sebagai bekalan.
Ok, yok kita masuk dapur kejap. Gambar akan menyusul kemudian
Sunday, 19 March 2017
Thursday, 16 March 2017
Kelas Online Lagi
Teks: Fauziah Zainudin
Jam menunjukkan angka 12 malam. Sudah lewat, perlu tidur segera. Lambat tidur nanti tidur tidak berkualiti.
Sebelum lelapkan mata, tadi sempat berjalan-jalan di wall fb. Terlihat satu kelas online untuk storytelling. Wah, macam seronok, macam best. Semua macam ada. Nak turut serta ke?
Sambil menghayun buaian, sambil berfikir, nak join ke? Sudah lama teringin mengikuti kelas storytelling. Lebih-lebih lagi guru ini sangat popular sejak dua tiga menjak ini. Beliau seorang wanita. Saya sedang mengikutinya di fb.
Belajar tidak mengenal usia. Belajar jangan jemu. Kalau jemu nanti otak tepu. Aktifkan otak dengan sentiasa membuat perkara baru. Saya memang berazam untuk belajar sesuatu yang baru. Alhamdulillah usai sudah Kelas Penulisan Blog Online. Sekarang sedang mengikuti Kelas DIY Fotofon.
Dengan kesedaran dan kewarasan, saya kata nak turut serta. Dengan bermodalkan RM70 saya mendapat kelas online seumur hidup. Wah, seumur hidup. Apa-apa sahaja nota boleh diguna pakai. Alhamdulillah. Semoga saya mendapat sesuatu dari kelas online ini pula.
Ya Allah, permudahkanlah bagi ku dalam menuntut ilmu. Berkati dan Rahmatilah apa yang ku pelajari. Semoga memberi manfaat kepadaku dan dapat dimanfaatkan kepada orang lain. Aamiin.
Jom tidur. Assalamualaikum.
~fauziahzainudin~

Tuesday, 14 March 2017
Kelas Online DIY Fotofon
Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi
Foto, menyimpan seribu satu kenangan. Manis atau pahit, segalanya diabadikan. Tapi yang manis tentunya lebih jadi pilihan.
Sangat biasa, kita akan mengupah jurukamera untuk sesuatu majlis atau keraian. Almaklum, kamera jurukamera memang direka khas untuk menjalankan tugas-tugas memotret gambar terbaik. Pastinya harga kamera seperti itu sangat mahal. Jadi, terpaksalah mengupah jurukamera.
Lambakan model-model terbaru telefon pintar pelbagai jenama terkenal kini membolehkan kita memotret gambar peribadi dengan lebih cantik mengikut kemahuan sendiri. Malah wujudnya applikasi-applikasi untuk 'mengedit' gambar menjadikan tugas lebih mudah.
Sebenarnya nak cerita tentang Kelas Online DIY Fotofon.
Kelas Online DIY Fotofon ini dikendali dan diajar oleh cikgu garang yang manis. Aduh, garang sekali sampai saya rasa nak ikut serta. Cikgu garang diberi nama Hanie Spalie. Beliau seorang ibu, guru dan juga murid kerana masih tetap belajar.
Sangat teruja belajar DIY fotofon ini. Kami dalam group akan selesaikan setiap tugasan foto yang Cikgu Hanie suruh. Ada masanya, kami disuruh memberi pandangan sendiri terhadap foto-foto yang dimuat naik oleh Cikgu Hanie. Seronok dan dapat banyak idea dari tugasan-tugasan tersebut.
Dari kelas online ini juga, barulah saya perasan, oh tidak susah mengedit gambar jika kita mahu belajar dan ada ilmu. Rasa seronok bila gambar yang saya snap sendiri, saya edit dan lihat hasilnya yang membuat saya senyum sendiri. Foto boleh menjadi terapi pada diri.
Dengan ilmu yang saya pelajari, bolehlah saya snap dan edit produk jualan saya sendiri. Tidaklah sama sahaja setiap produk dengan orang lain. Berniaga online ni kena beri sesuatu yang baru untuk tatapan pelanggan dan bakal pelanggan.
Cikgu Hanie akan komen setiap gambar yang kami edit. Haa, jangan nangis kalau kena marah ok. Cikgu Hanie akan rotan dengan rotan panjang. Walaupun garang, beliau sangat baik hati dan comel.
Sila lah lihat gambar-gambar yang saya telah edit. Saya masih amatur, sedang belajar dan belajar tentang fotofon ini. Disebabkan ia seronok, saya tak kisah buat tugasan banyak. HEHEHEHE...
Terima kasih Cikgu Hanie. Kepada yang berminat nak belajar, boleh buat lawatan ke facebook beliau 'Hanie Spalie'. Untuk makluman, Cikgu Hanie juga buat 'Personal Coaching". Yuran yang sangat berpatutan.

Rezeki Ada Dimana-Manaa
Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Google
Allah dah janji, rezeki bukan dalam bentuk wang dan harta semata-mata. Sihat itu rezeki. Anak-anak itu rezeki.
Pagi ini, hajat di hati mahu belanja kawan.
"As Salam kak, Bz ke?" Saya memulakan wassap.
"Kat rumah mak, mandikan mak" balasnya.
Allahu, saya terlupa, Kakak ini akan memandikan emaknya setiap hari. Beliau mengusahakan sebuah tadika. Tidak pernah lalai berbakti kepada ibunya. Semoga Allah memberi ganjaran terhebat buatnya.
Eh, sambung semula.
"Kak, jom ngeteh", saya sambung perbualan di wassap selepas beliau selesai menyiapkan ibunya.
Kami berjanji temu di sebuah kedai makan. Sejak meletakkan jawatan sebagai guru tadika, baru kini kami bersarapan bersama-sama. Hajat memang nak belanja.
Kami masing-masing memesan makanan. Beliau memilih mee rebus, saya juga ikut sama memesan mee rebus tapi ditambah dengan soto untuk pahlawan kecil. Kami sama-sama penggemar nescafe, jadi tentunya 'Nes Tarik' yang kami pesan.
Sampai sahaja pesanan, kami menikmati sambil berbual. Macam lama tak jumpa. Beliaulah teman ngeteh saya.
Duduk di meja hadapan kami adalah pasangan suami isteri yang memang saya kenal rapat. Kenalan baik suami adalah kenalan baik saya juga. Kami saling bersalaman dan bertanya khabar. Beliau suami isteri memang baik dan peramah. Satu daerah Pontian boleh kenal mereka. Jangan tak percaya ok.
Sambil suap pahlawan kecil, sambil suap mulut sendiri, sambil itu juga kami berbuDDal. Tentang kerja, anak-anak tadika dan keluarga.
"Dik, kira.." saya memanggil adik waiter yang kebetulan sedang memulangkan wang baki abang dan kakak di hadapan saya tadi.
"Dah bayar kak" adik itu menjawab sambil memandang pasangan suami isteri tersebut.
Sambil tersengih saya ucapkan terima kasih kepada mereka berdua.
"Terima kasih kak, bang, moga murah rezeki"
Kakak yang baik hati tersenyum dan mengangguk. Kemudian mereka berlalu pulang. Kami juga .
pulang selepas itu.
Alhamdulillah. Rezeki kami. Niat nak belanja orang lain, alih-alih orang lain yang belanja kami.
Jadi, akan ada sesi belanja lain pada waktu yang lain pula. Hehe..Assalamualaikum

Sunday, 5 March 2017
Kelas Penulisan dan Blog
Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah
Akhirnya, berjaya juga menyelesaikan tugasan 44 entri dalam Kelas Online Penulisan dan Blog ini. Alhamdulillah.
Bukan mudah untuk memulakan sesuatu, namun tanpa langkah pertama, langkah terakhir lebih sukar ditemukan. Segalanya bermula saat ternampak iklan di fb Cikgu Nor Amalina Rohaizad. Sudah lama teringin berblog, tapi tiada idea untuk bermula, apatah lagi ilmu berblog, kosong.
Mujur Cikgu Amal jauh nun di sana, kalau di depan mata sah saya di sebat rotan panjang, paapp!. Aduh, orang lain siap 44 entri dalam masa sebulan, kamu Fauziah Zainudin? Ahh, lamanya masa lebih sebulan menjejak dua bulan. Maafkan saya cikgu. Masih tiada konsistensi.
Apapun, saya sudah dapat sedikit ilmu dalam penulisan blog. Jangan malas menulis dan membaca. Setiap hari mesti menulis sekurang-kurangnya 1 ayat. Sehari 1 ayat, lama-lama 1 perenggan dan seterusnya 1 entri. Buku nota jangan lupa ye.
Cikgu Amal banyak membantu saya dari segi teknikal pengurusan blog juga idea-idea penulisan. Terima kasih cikgu. Belau sentiasa menggerakkan saya dan memberi tunjuk ajar serta kata-kata semangat.
Terima kasih juga ahli kumpulan Kelas Asas Blog dan Penulisan. Blog-blog mereka banyak memberi idea dan inspirasi.
Tanpa sedar, dari kelas penulisan ini juga lahirnya silaturrahim. Berkenalan dengan insan-insan hebat yang menjadikan penulisan satu terapi untuk memajukan diri. MasyaAllah, sangat hebat. Mereka ibu-ibu yang bekerja dari rumah. Terasa kerdilnya diri, namun setiap insan Allah berikan kelebihan yang tersendiri. InshaAllah saya juga boleh.
Saya perlu kekalkan momentum, perlu menulis setiap hari. Buang rasa malas yang membelengu diri. Konsisten, konsisten dan konsisten.
Semoga ibu-ibu lain di luar sana yang masih terfikir-fikir mahu belajar, akan turut serta dan mendapat ilmu berblog dalam Kelas Online Penulisan dan Blog ini. InshaaAllah.
Terima kasih cikgu.

Wednesday, 1 March 2017
Kita Mengaji Dulu
Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi
Jom mengaji dulu. Selepas maghrib, abang Harith kena mengaji dahulu, selepas itu barulah membuat homework.
Alhamdulillah, abang Harith boleh membaca Al-Quran dengan agak baik, walaupun ada banyak kesalahan yang perlu diperbaiki, namun nampak kemajuan berbanding dahulu. Semoga dia rajin membaca Al-Quran walaupun setelah khatam.
Saya mengajarnya sendiri, jadi saya juga perlu baiki bacaan dan tajwid. Saya berniat untuk menghantarnya mengulang bacaan dengan ustaz atau ustazah supaya dia boleh baiki bacaan dan tajwidnya. Semasa mengajar, saya menggunakan rotan, alamat tak baik memang kena sebat. Salah bacaan, sila ulang dari awal dan baca lagi. Sakit dirotan sampai menangis itu sangat biasa, garangkan ibu? Macam singa, roarrrr.
Kini, dia masih juzuk 5, jauh lagi untuk sampai ke juzuk 30. Kadang kala ketinggalan mengaji, akibat kepenatan pulang dari sekolah dan ketiduran pula selepas maghrib. Allahu, ampunkanlah dosa-dosa kami yang sering lalai dan leka ini.
Semoga abang Harith menjadi anak yang rajin, soleh dan mencintai Al-Quran. Aamiin

Jambatan Kertas
Teks: Fauziah Zainudin
Foto:
2 tahun lepas, saya mengikuti kursus anjuran sebuah organisasi, sewaktu itu saya masih mengajar di sebuah tadika swasta. Ala-ala gempak kursus tu. Seronok, mengujakan, dapat ramai kawan dalam bidang yang sama serta mencabar potensi diri. Wah!.
Dalam salah satu slot, penceramah membuat 1 aktiviti yang mana setiap kumpulan akan di berikan 10 keping kad bertulis abjad setiap kumpulan. Kad bercampur-campur dengan abjad kumpulan lain. Setiap kumpulan perlu kumpulkan 10 keping kad kumpulan sendiri. Contoh kumpulan A, perlu kumpulkan kad A1-A10, begitulah sehingga kumpulan seterusnya.
Cara bermain, ada jambatan kertas antara setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu lepaskan 1 kad setiap pusingan. Ok, sampai satu tahap, setiap kumpulan dah lepaskan kad-kad kumpulan lain, namun permainan masih tidak berakhir. Menunggu dan menunggu siapa habis awal. Kad akhir yang ada tidak dilepaskan selagi kad kumpulan tidak diperolehi. Jenuh menunggu, sampai naik bosan.
Lalu, penceramah mula berbicara 'Jangan simpan hak orang lain' lepaskan. Kumpulan yang sedar, akan terus melepaskan kad kumpulan lain, biarlah kumpulan itu habis dulu, yang penting itu bukan kad kita. Aktiviti tamat dengan jangkamasa yang lama. Penceramah mengatakan kami semua mementingkan diri sendiri. Kerana ingin kumpulan sendiri menang, kami tak bagi kad kumpulan lain. Jadi aktiviti itu jem seketika dan memakan masa.
Nampakkah moral disebalik aktiviti?. Kadang kala kita memang sanggup menidakkan hak orang lain, asalkan hak sendiri diperolehi. Tiada semangat bantu-membantu. Semua orang mahu menang, sampai menyusahkan orang lain. Jangan mementingkan diri sendiri.
Baik, kita sambung lagi nnnti..

Subscribe to:
Posts (Atom)